Koleksi Bahan Nadir

Koleksi Bahan Nadir yang disimpan dalam Koleksi Khas Perpustakaan Tun Seri Lanang merupakan sebuah koleksi yang sangat penting dan berharga kerana di dalamnya dikumpulkan bahan-bahan habis cetak, bernilai tinggi dan yang diterbitkan sebelum 1950. Bahan-bahan yang sukar didapati ini mengandungi 1,876 judul penerbitan-penerbitan yang tertulis dalam Bahasa Arab, Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Bagi membantu pelanggan untuk mengesan judul-judul bahan nadir, perpustakaan telah meneribitkan sebuah senarai yang mengandungi bahan-bahan nadir yang tidak dikatalog sahaja, yang berjumlah 1,461 judul buku dan majalah dalam perlbagai bidang. Susunan senarai ini dibuat berdasarkan tajuk perkara yang luas merangkumi bidang Agama Islam, Antropologi dan Sosiologi, Bahasa, Ekonomi, Kesusteraan, Pendidikan, Sejarah, Undang-undang, Umum dan terbitan berkala. Bahan cetak yang terawal yang dikesan dalam senarai ini ialah sebuah buku dalam bahasa Jerman terbitan 1676: “Koleksi Nadir Dalam Perpustakaan Tun Seri Lanang: Satu Senarai. Bangi: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990.”

Buku-buku nadir yang telah dikatalog diberi awalan “42” di nombor panggilannya sebagai tanda pengenalan. Bahan-bahan ini boleh dikesan melalui GEMILANG (Katalog Awam Dalam Talian).


Berikut adalah pecahan bidang perkara dalam Koleksi Bahan Nadir:

1.       Agama Islam
3.      Bahasa
4.      Ekonomi
5.      Kesusasteraan
6.      Pendidikan
7.      Sejarah
8.      Undang-undang
9.      Umum

 
 

No comments:

Post a Comment