Friday 10 December 2021

Abdul Ghafar Ibrahim

 



Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia

Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara Semenyih, Singapura dan Sumatera. Ayahnya sering membuat berbagai-bagai pekerjaan, disamping bergiat di dalam bidang penulisan dengan memakai nama samaran “Arab Street” ketika menulis di ruangan pojok dalam akhbar Warta Malaysia Singapura pada tahun 1930-an. A.Ghafar banyak didedahkan oleh neneknya mengenai cerita-cerita penglipur lara dan hikayat-hikayat zaman dahulukala yang amat mengasyikkan. Kedua-dua faktor ini membenihkan minat beliau dalam dunia kesusateraan Melayu. Minat-minat ini dipertajamkan lagi oleh nyanyian-nyanyian puisi daripada kaba-kaba Minangkabau dan terutamanya daripada cerita-cerita Sabai Nan Aluih. Pelbagai acara atau majlis yang dijalankan suatu ketika dahulu yang mengalunkan dan mendendangkan puisi, qasidah dan berzanji yang telah mempesonakan kreativiti A.Ghafar. 

Nyatalah bahawa kehidupan kesenian di kampungnya amat mempengaruhi jiwa persajakan dan menjadikan beliau seorang seniman kesusateraan Melayu hingga zaman kini. Ini ditambah lagi dengan kegiatan Silat Pencak yang dipelajarinya dan kegiatan tarian piring, sebuah tarian asli yang diajar daripada generasi ke generasi.

Latar Belakang Pendidikan

1950-1962 

Ghafar Ibrahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah tiga di Sekolah Melayu Beranang, Selangor dari tahun 1950-1952. Kemudian beliau belajar sehingga darjah enam di Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih, dari tahun 1953-1957. Beliau belajar di sekolah agama pada waktu petang di kampung dalam tahun 1956-1957. A.Ghafar lulus lower Certificate of Education di Kishan Dial School, Kuala Lumpur dalam tahun 1960. Kemudian beliau memperolehi Malaysian Certificate of Education di High School, Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1962.


1965-1972

Diterima masuk untuk menjalani latihan perguruan selama dua tahun di hujung minggu dan juga waktu cuti penggal persekolahan. Sewaktu menerima latihan perguruan beliau juga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah pada tahun 1965 dan di Sekolah Menengah Kulim, Kedah pada tahun 1966-1968 dan tahun 1970. Pada tahun 1968 beliau sekali lagi mengikuti kursus Pendidikan Seni Lukis di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun. Pada tahun 1972 beliau menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan.


1974-1977

Mengikuti Pendidikan Seni Halus di College of Visual and Performing Arts atas Bachelor of Fine Arts dari Northern Illinois University. Beliau juga mengambil Ijazah Master of Arts dari Eastern Illinois University, Charleston, Amerika Syarikat pada thaun 1977. Selama menuntut di kedua-dua universiti tersebut, beliau dihadiakan dalam pengecualian dalam membayar yuran pengajian.


Kerjaya 

Setelah tamat pengajian, A.Ghafar telah memulakan kerjayanya iaitu menjadi seorang pensyarah sambilan yang mengajar bidang grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara, Shah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada waktu yang sama, beliau juga mengajar seni lukis untuk pelajar tingkatan enam pada setiap hari Sabtu di Yayasan Anda, Kuala Lumpur. Pada bulan Januari 1980, A.Ghafar bertugas pula sebagai pensyarah pendidikan seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Setelah berkhidmat selama dua tahun 10 bulan di MPIK, beliau telah meletakkan jawatannya untuk berkhidmat sebagai pensyarah pendidikan di Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari November 1982 sehingga kini. 


Penglibatan Abdul Ghafar di dalam dunia Seni.

                         


Bakat yang dipendam oleh A.Ghafar sejak kecil telah dipamerkan di Akhbar Mingguan terbitan Utusan Melayu dengan menyiarkan tulisan A.Ghafar dalam bentuk berita, makalah dan hikayat sejak beliau berada di usia 13 tahun. Apabila meningkat dewasa, pelbagai penglibatan yang telah diceburi oleh Abdul Ghafar yang merupakan seorang karyawan dan seniman yang amat dikenali. Di dalam kegiatan penulisan, beliau pernah dilantik sebagai sidang pengarang majalah GATRA (sebuah persatuan penulis) di Kedah pada tahun 1967, 1968 dan 1970. Beliau pernah menjadi sidang pengarang majalah tahunan MPIK dalam tahun 1969 dan Asian Editor, untuk majalah New Poetry, iaitu Magazine of the Poetry Society of Australia dalam tahun 1974. 

Selain itu, belaiu sering dilantik menjadi hakim peraduan melukis poster, lukisan kanak-kanank, deklamasi sajak dan pada tahun 1985, A.Ghafar menjadi panel hakim di dalam bahagian puisi di dalam peraduan menulis puisi Selangor Darul Ehsan. Setelah beberapa penulisan yang dihasilkan dalam bentuk berita, beliau telah beralih kepada penulisan sajak. Kegiatan beliau dalam penulisan sajak di dalam beberapa tahun telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan konsep Tri-3V/3P pada tahun 1969 yang boleh diaplikasikan oleh penulis sajak dan juga penyair dan konsep ini mula diterbitkan ada tahun 1979. . Verbal- Vokal -Visual / Perkataan-Vokal - Penglihatan.

Penggunaan konsep 3V, telah memantapkan pembacaan puisi belaiu dan dipersembhkan dalam bentuk tariaan piring, bersilat dan teaterikal. Pada tahun 1974 dan 1975, beliau telah membuat persembahan membaca puisi secara perseorangan dan kumpulan di dalam dan luar negeri.

Hasil Karya Abdul Ghafar Ibrahim.

Abdul Ghafar telah menghasilkan pelbagai karya yang telah memberi impak kepada seluruh pembaca, penulis dan penyair terutamanya. Beliau telah menghasilkan penulisannya lebih dari 20 buku yang berkaitan puisi, sajak dan beberapa penulisan yang diterbitkan di akhbar. Daripada penceritaanya melalui tembual yang dijalankan oleh pihak ITBM tv, beliau memulakan penulisannya sejak dari tingkatan satu dan penulisannnya diterbitkan di akhbar Utusan Melayu, Sejak daripada itu, beliau banyak melibatkan aktiviti dari segi penulisan. Antara karya sulongnya ialah buku antologi yang berjudul Tan Sri Bulan (1973).

Antara bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan


Link bahan : http://b4ptsl.ukm.my/arkib/resultarkib.php