Friday 10 December 2021

Mohd Safar Hashim

 


Latar Belakang

Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang. 

Pendidikan

Beliau memulakan persekolahan di St Mark's Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan selama 2 tahun. Pada tahun 1973, beliau telah memilih Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi dek kerana minatnya yang terlalu dalam industri tersebut. Setelah 5 tahun berhempas pulas disana, beliau sekali lagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota pada tahun 1973 selama 3 tahun. Di peringkat kedoktoran, beliau memilih Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang komunikasi. 

Kerjaya 

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di Bernama pada tahun 1969. Disana, beliau menjawat jawatan sebagai wartawan kadet. Posting terakhir adalah sebagai koresponden asing di Manila dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 2004, beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi tenaga pengajar, antara jawatan yang dijawat adalah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Ketua Program Politik, Pendidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa di Institut Pengajian Asia Barat, UKM dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, UKM.

Karya

Selain bergelar warga pendidik, beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan iaitu sebagai penulis dan penyunting. Antara penulisan beliau adalah Mahathir dan Akhbar, Mengenali Undang-Undang Media dan Siber, Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia dan lain- lain lagi. Selain menulis buku, beliau juga menulis beberapa buah artikel bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

Sumbangan 

Sehingga kini, Prof. Dr. Safar Hasim telah menerbitkan beberapa buah artikel dan panduan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya adalah:

  • Penulisan tesis gaya UKM
  • Nilai dan etnik Islam dalam komunikasi
  • Pembentukan majlis media: Pengalaman Malaysia

Pada tahun 2004, Prof. Dr. Safar Hasim telah menyumbangkan koleksi bacaanya pada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara bidang yang disumbangkan adalah bidang media dan komunikasi bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kini beliau sudahpun bersara dalam perkhidmatannya di UKM, namun jasanya amat besar di universiti ini.