Friday 10 December 2021

Ahmad Nikmat Harun

 An old photo of a person

Description automatically generated

Latar belakang
Allahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika Syarikat.
Pendidikan
Seperti ayahnya, Allahyarham juga mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang kesusasteraan. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Nanyang, Singapura dalam jurusan Sastera. Allahyarham menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Boston, Amerika Syarikat dan menjawat jawatan sebagai salah seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar Luar Negeri.
Kerjaya
Kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai wartawan Berita Harian/Berita Minggu. Banyak penulisan Allahyarham menyentuh mengenai isu yang melanda bangsa Melayu dan mengkritik mengenai penulis- penulis di rubkrik akhbar Berita Minggu. Antara penulisan beliau adalah “Kegemaran yang tandus akibat ada penulis semi-veteran” dalam Berita Harian. 
Pencapaian Hidup
Kejayaan yang pernah dicapai oleh Allahyarham adalah apabila muncul sebagai juara dalam peraduan koleksi buku yang dinamakan Peraduan Koleksi Buku Lawrence G. Blackmon dimana program tersebut mendapat tajaan sepenuhnya dari perpustakaan Universiti Boston dan telah memenangi wang tunai sebanyak AS$400 (RM1645.80). Ahmad Hikmat Harun layak memenangi tempat pertama dek kerana Allahyarham menyimpan buku koleksi yang ditulis oleh penulis Barat sekitar abad ke 19 dan 20 mengenai rumpun Melayu. 
Sumbangan Bahan 
Pada 20 Disember 1989 iaitu setahun selepas kematian Allahyarham, keluarganya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian dari koleksi pembacaan Allahyarham sepanjang kehidupannya kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 240 judul naskah disumbangkan dan kini diletakkan di Unit Arkib dan Koleksi Khas, aras 6 bagi tujuan rujukan dan penyelidikan oleh para pelajar universiti, pensyarah dan masyarakat am secara khususnya. Keseluruhan naskah adalah dalam bentuk buku dan jurnal berkaitan dengan bidang teknologi, silang budaya, sosiobudaya, sejarah dan lain-lain. 


No comments:

Post a Comment