Friday 10 December 2021

HAJI NIK MOHD MOHYIDDEEN WAN MUSA

 An old photo of a person

Description automatically generated 

Ahli organisasi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan bekas Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Latar belakang

Nama Allahyarham sebenar adalah Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Allahyarham dilahirkan pada 23 Oktober 1923. Allahayrham berketurunan ulama di Kelantan. Atas faktor ini, didikan agama yang diterima olehnya sangat kuat kerana dibesarkan dalam dalam sebuah keluarga ulama tersohor di negeri Kelantan di Lorong Semian, Jalan Merbau, dalam daerah Kubang Pasu iaitu 20 kilometer dan Pusat Bandar Kota Bharu, Kelantan. Lorong Semian terletak berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham meninggal dunia di usia 58 tahun pada 30 April 1981. Allahyarham menghembuskan nafas tenakhimya di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada jam 6.40 petang hari Khamis.

Latar Belakang Pendidikan

Allahyarham banyak mendalami bidang agama bersama ayahnya. Nik Mohd Mohyiddeen juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar di Sekolah Melayu Majlis Agama Islam di Bangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. 

Kerjaya

Allahyarham memulakan kerjayanaya seawal 23 tahun dalam bidang pendidikan. ada tahun 1946 iaitu selepas tamatnya perang dunia kedua beliau telah menubuhkan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Islah ataupun dikenali dengan nama Madrasah Islah. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Islah. Di sekolah inilah Nik Mohd Mohyiddeen menimba pengalaman pertama dalam kerjayanya sebagai seorang guru dan juga seorang pentadbir. Di sekolah, subjek yang diajarkan oleh Allahyarham adalah ilmu Tauhid dan ilmu Semantik.

Alahayrham juga pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor selama empat tahun dan kemudiannya diberi amanah untuk memangku jawatan Pengetua Kolej Islam Malaya selama 5 tahun iaitu bermula tahun 1959 hingga 1964. Pada tahun 1967 setelah Kolej Islam Malaya diambilalih oleh Kementerian Pelajaran dan ditukar taraf kepada sekolah menengah, Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Islam. 

Kemudiannya kolej mi dikenali dengan nama Kolej Islam Kelang. Beliau memegang jawatan tersebut selama lapan tahun iaitu bermula tahun 1967 hingga 1975. Sepanjang penglibatan Nik Mohd Mohyiddeen dalam dunia pendidikan, khususnya di Kolej Islam beliau telah berjaya melahirkan ramai anak didik yang dapat berbakti dan berjasa kepada kepada agama, bangsa dan negara. 

Beliau telah berjaya membina barisan pewaris dan pemimpin yang hebat. Merekalah benteng kukuh yang menjadi penggerak utama dakwah Islamiah di Malaysia. Pada tahun 1975 Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Palajaran Ugama Kementerian Pelajaran sekaligus menjadi orang pertama yang menjawat jawatan tersebut. Beliau telah diberikan amanah untuk mengurus pendidikan Islam di sekolah. Namun, tempoh beliau memegang jawatan tersebut tidak lama kerana pada 30 April 1981, Allahyarham telah meninggal dunia.

Karya

Selain bergelar seorang pendidik dan menjawat pelbagai jawatan, Allahyarham telah berjaya menghasilkan tiga buah buku iaitu dua buah buku teks dan sebuah buku soal jawab agama. Tujuan buku-buku mi dikarang adalah untuk membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku yang dihasilkan oleh Allahyarham adalah daripada himpunan nota yang beliau sampaikan di dalam bilik darjah. Manakala buku soal jawab agama pula adalah hasil daripada himpunan soalan yang dikemukakan kepada beliau dalam rancangan soal jawab agama di radio Bahagian Pelajaran Agama.

Pencapaian Hidup

Jasa dan sumbangan dalam negara amatlah besar terutamanya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jasa dan sumbangan beliau kepada negara amat besar terutamannya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Sepanjang perkhidmatannya di Kolej Islam, beliau telah berjaya melahirkan ramai anak murid yang terbilang. Selain itu juga beliau bergiat aktif dengan penglibatan dalam badan dakwah seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sebagai Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan lain-lain lagi. 

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar mi Nik Mohd Mohyiddeen telah dianugerahkan dengan beberapa pingat penghargaan dan pengiktirafan iaitu Darjah Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong pada 5 Jun 1963 dan Darjah Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1978. 

Sumbangan bahan sumbangan kepada perpustakaan

Kira-kira 800 buah buku bacaan Allahyarham telah disumbangkan kepada perpustakaan UKM dan disampaikan oleh balu Allahyarham, Puan Haji Zainab. Antara buku yang disumbangkan adalah dalam bidang antaranya Akidah, Fiqh, Semantik dan Tasawwur.