Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir


Buletin FPI Futuristik

Yang Berbahagia Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir atau dikenali sebagai Dr Jawiah Dakir merupakan anak jati Selangor., beliau pernah belajar di Maahad Li al-Banat, Kg Jawa, Kelang. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang. Dr JAwiah Dakir melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat diploma dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam.. Kemudian beliau menyambung di dalam bidang pendidikan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pengajian Islam. Dan akhir sekali, beliau meneruskan pelajaran beliau sebagai doktor Falsafah (Ph.D). Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir telah menamatkan pelajar mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan jayanya.

Berkelulusan PhD daripada UKM pada 1991, Dr Jawiah adalah pakar hadis dan ulum al-hadis. Beliau juga pakar bidang tafsir dan ulum al-tafsir. Beliau telah menghasilkan banyak buku, jurnal dan artikel dalam bidang tersebut selain kajian mengenai wanita, pembangunan modal insan dan pendidikan Islam.

Karya:

  1. Kewibawaan al-tafsir dan al hadith

  2. Pakaian dan perkhiasan wanita mengikut perspektif islam

  3. Sumbang kasih untuk wanita

  4. Kewibawaan as-sunnah sebagai sumber syariat islam

  5. Kajian terhadap usuluddin dan falsafah.

  6. A woman’s right in Islam : The journal of Islamic guidance.

  7. The ethic of Muslim communication : the journal of Islamic guidance.



Projek dan pemberian:


  1. Kajian kualiti hadith dalam khutbah jumaat Jabatan Agama Islam Sarawak (RM600)

  2. Sistem pakar khidmat nasihat kekeluargaan Islam : pendekatan dan implimentasi (RM 128,000)

  3. Kajian dan reka bentuk model & implimentasi bimbingan agama untuk banduan di penjara Malaysia. (RM 62,600)


Pada tahun 2014 dan 2015, Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir telah menyumbangkan dari koleksi pembacaan sepanjang kehidupannya kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 1649 naskah disumbangkan dan kini diletakkan di Unit Arkib dan Koleksi Khas, aras 6 bagi tujuan rujukan dan penyelidikan oleh para pelajar universiti, pensyarah dan penyelidik khususnya. Koleksi yang disumbangkan berkaitan dengan ilmu Agama, motivasi, hadith dan banyak lagi.

Antara koleksi yang disumbangkan ialah:


  1. Agama dan pembangunan kontemporari

  2. Agama dan perpaduan kaum di Malaysia

  3. Al-‘Ahkam Sultaniah

  4. Al- Amal Wa Ihsan Min Khilafah Lli Al-khorafah

  5. Fatwa terkini wanita & keluarga Islam

  6. Garis panduan berasaskan hadiah

  7. Hadis 40

  8. Islam Hadhari Himpunan Isu Kontemporari

  9. Islam hari ini dan Esok

  10. Jaminan Islam terhadap nyawa dan kemuliaan Insan

No comments:

Post a Comment