Josept Schacht


Lahir pada tahun 1902 dan meninggal dunia pada tahun 1969. Beliau adalah lulusan dari beberapa buah universiti di Bratislava dan Leipzig.

Beliau merupakan seorang orientalis berbangsa Jerman yang terkenal.

Menjadi penolong pensyarah di beberapa Universiti di Jerman. Pada tahun 1934 menjadi pensyarah  Fakulti Sastera di Mesir. Pada tahun 1948, beliau memberi kuliah dalam bidang Pengajian Islam di beberapa buah universiti di United Kingdom, pada tahun 1952 di Algeria, pada tahun 1954 di Leiden dan pada tahun 1954-1958 menjadi pensyarah pelawat di Columbia University.

Dr. Joseph Schacht pernah menjadi ahli pelbagai persatuan, pertubuhan dan kelab-kelab akademik antaranya al-Majma' al-Ilmi al-Arabi di Damsyik. Bersama Brunschvig (seorang orientalis) telah menerbitkan majalah al-Dirasat al-Islamiyah.

Karya dari hasil kajian beliau adalah dalam bidang-bidang perundangan Islam, teologi, undang-undang dan perbandingan mazhab.

Antara senarai koleksi beliau yang terdapat di Arkib & Khas.

 Senarai Judul ; 

Senarai Judul Bahasa  Arab 




No comments:

Post a Comment