SEJARAH KEWUJUDAN KOLEKSI SASTERA CINA PERANAKAN DI PTSL



NAMA : PROF. DR. DING CHOO MING
TARIKH : 8 JANUARI 2023
TEMPAT : RUANG RUJUKAN BELAKANG MEJA PENASIHAT PEMBACA, ARAS 4


SEJARAH KEWUJUDAN KOLEKSI SASTERA CINA PERANAKAN DI PTSL

UKM membeli koleksi sastera Cina Peranakan daripada tukang luak, penjaja buku jalanan di Jakarta yang diusahakan oleh Watson, seorang pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kini telah bertukar nama ke ATMA. Beliau berminat dan tertarik dengan sastera Cina Peranakan yang dijual di tepi jalan di Jakarta dan beliau pun menganjurkan untuk membeli semua koleksi itu. Kebetulan ketika itu, perpustakaan UKM sangat kekurangan buku. Kemudian, ketua pustakawan ketika itu, Tuan Haji Syeikh Abdul Mydin bersetuju dengan cadangan Watson untuk membeli kesemua buku sastera Cina Peranakan yang dijual itu untuk dibawa ke perpustakaan UKM. 

Pada waktu itu, Prof. Dr. Ding Choo Ming merupakan penyelaras koordinator IBKKM ditugaskan untuk menjaga koleksi itu. Pada awalnya, Prof Dr. Ding Choo Ming sendiri tidak memahami ayat yang tertulis di dalam buku sastera Cina Peranakan tersebut tetapi beliau tetap berusaha kerana beliau bertanggungjawab menulis sesuatu untuk memberi penerangan kepada pengguna kelak. Maka terhasil lah makalah dalam J.M.B.R.A.S 1978 iaitu “An Introduction to the Indonesian Peranakan Literature in the Library of Universiti Kebangsaan Malaysia”. Setelah terbitnya makalah nukilan beliau, perhatian dunia lebih tertarik kepada koleksi sastera Cina Peranakan yang terdapat dalam UKM. Bukan itu sahaja, universiti luar negara juga tertarik untuk menghasilkan secara ‘mikrofiche’. Tetapi ditolak tegas oleh ketua pustakawan ketika itu kerana mereka perlu menghasilkan sendiri dan menjalankan projek membuat mikrofilemkan semua bahan-bahan Melayu. Ada ketika masa dulu, satu perpustakaan di Seoul Korea berminat hendak membeli semua koleksi sastera Cina Peranakan yang terdapat di perpustakaan UKM secara salinan tetapi masih juga tidak diberi keizinan oleh pihak pengurusan perpustakaan. 

Menurut pandangan Prof Dr. Ding Choo Ming, tiada lagi masyarakat yang berminat dengan sastera Cina Peranakan ini kerana masyarakat kini tidak lagi mementingkan bahasa sendiri malah lebih mengagung-agungkan bahasa dan budaya Barat. Saya turut bersetuju dengan pendapat beliau kerana rata-rata saya lihat kini, ramai generasi muda lebih tertarik dengan budaya dan cara orang Barat seperti Korea sehingga tidak mengetahui sejarah dan tidak mahir dalam bahasa sastera bangsa sendiri. 

Saya juga ada bertanya pandangan Prof apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengembangkan lagi sastera Cina Peranakan ini supaya lebih diketahui oleh masyarakat luar. Namun jawapan beliau tetap sama iaitu tiada usaha. Melainkan generasi muda itu sendiri mengubah persepsi hidup mereka supaya lebih mencintai dan meminati bangsa dan bahasa sendiri sebelum mengagung-agungkan negara luar. 

Oleh itu, saya merasakan bahawa mungkin sastera Cina Peranakan ini sudah tidak menjadi tarikan masyarakat kini tetapi pihak arkib dan pihak UKM sendiri perlu usaha untuk mengetengahkan bahan koleksi ini kerana saya yakin di luar sana masih ada pihak yang memerlukan koleksi ini sebagai rujukan. Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini supaya mampu membuka mata masyarakat tentang kewujudan bahan koleksi ini di PTSL. 

Sumber : Temubual Bersama Prof. Dr. Ding Choo Ming, Mantan Pustakawan UKM





No comments:

Post a Comment