Koleksi Manuskrip Perpustakaan UKM

Bahan-bahan dalam koleksi ini merupakan karya-karya yang bertulis tangan dalam bahasa Melayu (tulisan jawi), Jawa Kuno (tulisan jawa) dan Arab.

Sejak penubuhannya sehingga kini, Koleksi Manuskrip PTSL telah berjaya mengumpul 109 judul manuskrip bercetak yang terdiri daripada pelbagai bidang keilmuan dan bahasa. Sebahagian besar manuskrip Melayu yang dikumpul adalah terdiri dari manuskrip naskhah Acheh yang melambangkan kehidupan sosial dan kedudukan agama Islam di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Shah dan Sultan Iskandar Muda. Terdapat juga manuskrip dalam Bahasa Arab, al-Quran bertulisan tangan dan manuskrip dalam bidang perundangan Islam, aqidah, feqah dan tauhid.

Sejarah kewujudan koleksi ini bermula seawal tahun 1971 yang diperolehi melalui pembelian dan hadiah perseorangan. Projek ini telah diusahakan oleh Ketua Pustakawan pertama iaitu Allahyarham Syeikh Abdul Aziz Mydin.

Selain bercetak, terdapat juga 391 judul manuskrip digital berbentuk mikrofilem, mikrofis dan CD yang terdiri daripada manuskrip hikayat, syair, kitab perubatan Melayu dan sebagainya. 

Secara keseluruhannya, jumlah koleksi manuskrip dalam simpanan PTSL mengikut kategori adalah seperti jadual di bawah:

BIL

KATEGORI

FORMAT

JUMLAH

1.

Manuskrip Naskhah Acheh dan  Hikayat

Asal / Salinan

32

2.

Manuskrip Arab

Asal

77

3.

Sastera lama (seperti hikayat, syair, cerita dan sebagainya)

Mikrofilem / Mikrofis

275

4.

Manuskrip Melayu

Mikrofilem / Mikrofis

19

5.

Manuskrip Melayu dan Ilmu Islam

CD ROM

97

 

500


No comments:

Post a Comment