Ilmu Pustaka Watan Menerusi Manusrip Melayu: Hukum Perkapalan Wilayah Perairan Kerajaan Acheh : Satu Instisari
Fasal bab menjelaskan, bagi kapal-kapal asing yang ditimpa musibah ketika belayar atau melalui perairan Acheh. Terdapat pasukan khas yang dilantik bagi menjaga keselamatan perairan Acheh. Sebarang kecelakaan kapal seperti dilambung ombak besar atau terkena batu karang sehingga kapal tersebut pecah, Mereka akan dibantu segera oleh pasukan Kanun Safinah. Siapakah Kanun Safinah?. Mereka adalah Kapal Pengawal Kerajaan Laut Acheh yang terdiri daripada Amirul Bahr, Laksamana dan anak-anak Kapal Perang Acheh. Bantuan yang akan dihulurkan adalah;
• Kapal-kapal mereka akan dijaga daripada diambil atau diceroboh oleh orang luar bahkan barang-barang bawaan akan didaftarkan jumlahnya bagi mengelak berlaku kecurian.
• Jika kapal mereka rosak, akan dibaiki kerosakan oleh Laksamana dan Amirul Bahr
• Anak-anak kapal pula akan dibawa ke Kota Musafir, Kuala Acheh. Mereka akan diberi rawatan dan makanan yang baik. Bagi yang sakit akan dijaga hingga sembuh sepenuhnya manakala yang sihat akan diberi tempat tinggal sementara di rumah seribu iaitu tempat tinggal askar.
• Jika ada anak-anak kapal yang terkorban, mayat orang Islam akan diuruskan pengkebumian dengan cara Islam, orang kafir pula dikebumikan dengan cara mereka tersendiri.
• Barang-barang @ harta anak kapal pula akan dijaga dengan sebaiknya dibawah tanggungjawab Bendahara dan Laksamana.
Jika pihak berkuasa mendapati rakyat Acheh mencuri atau menyembunyikan barang orang lain seperti barang kapal karam, barang tersebut akan dirampas semula bahkan mereka akan dikenakan sanksi iaitu ;
• Sebatan 25 kali dengan rotan;
• Denda 3 tahil dan
• Dikurung 5 bulan dalam pageue
Selain itu, dalam fasal bab 75 nombor 9 pula menjelaskan sekiranya peniaga atau nakhoda kapal memahalkan harga makanan atau menyembunyikan makanan yang diperlukan rakyat, mereka akan dikenakan hukuman iaitu dikurung dalam pageue selama 1 tahun 6 bulan atau denda 30 setahil. Tetapi sekiranya mereka adalah saudagar atau nakhoda atau Menteri Qirzah, surat berniaga mereka akan ditarik dan jawatan menteri akan dilucutkan bahkan mereka akan dijatuhkan hukuman iaitu denda 50 tahil dan dikurung selama 2 tahun.
Bagi hukuman berkaitan jenayah opium pula; Sekiranya didapati saudagar Acheh atau saudagar Hindi yang membawa masuk opium ke wilayah Acheh tanpa kebenaran kerajaan, mereka akan dikenakan denda bayaran harga asal opium dan didenda sebanyak 70 tahil serta dikurung selama 7 bulan. Hukuman ini berbeza pula dengan hukuman terhadap penagih atau orang yang makan opium iaitu mereka akan dikenakan sebatan sebanyak 35 kali rotan disebabkan jenayah menagih opium yang mereka lakukan.
Kanun Safinah ; Kapal Pengawal Kerajaan Laut Acheh
Amirul Bahr ; Kapten
Rumah seribu ; Tempat tinggal askar
Sanksi ; Hukuman
Pageue ; Pagar
Tahil ; sukatan penimbang emas ; enam belas tahil bersamaan satu kati
Opium ; candu/ganja
No comments:
Post a Comment