Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

 


LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN :


Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963.


Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1970 dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D pada tahun1977. Beliau merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.


KERJAYA :

Beliau merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.Prof. Dr. Muhammad bin Haji Salleh telah memulakan kerjaya beliau sebagai seorang guru. Beliau berkhidmat di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan beberapa lagi buah sekolah sehingga menjadi seorang tutor.

Seterusnya, beliau telah menyambung perkhidmatan beliau sebagai seorang pensyarah dan menjawat beberapa jawatan akademik di university tempatan mahupun antarabangsa. Apa yang boleh dibangga sebagai rakyat Malaysia, beliau merupakan professor termuda yang pernah dilantik ke jawatan tersebut iaitu pada ketika beliau berusia 37 tahun.


Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia Beliau pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.


Beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays, 1977 dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat pada 1977 - 1978.


Senarai kerjaya yang pernah beliau sandang :


  1. Profesor Tamu,Fullbright-Hays

  2. Pengajar, North Carolina State University

  3. Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia

  4. Timbalan Dekan, Universiti Kebangsaan Malaysia

  5. Pengarah, Institut Bahasa

  6. Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, Universiti Leiden

  7. Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia

  8. Penulis


Kira-kira 1600 buah buku bacaan Allahyarham telah disumbangkan kepada perpustakaan UKM dan disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Haji Salleh Antara buku yang disumbangkan adalseperti bidang sasterawan dan puisi. Sehingga kini, buku sumbangan ditempatkan di Unit Arkib dan koleksi Khas.


No comments:

Post a Comment