Cina Peranakan

 Istilah Cina Peranakan

Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya merupakan keturunan imigran Cina yang datang ke Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Nyonya merujuk kepada wanita peranakan manakala Baba merujuk kepada lelaki peranakan.  Istilah “Peranakan” pada asalnya bermaksud lahir semula. Lama-kelamaan, ia digunakan secara umum untuk menentukan orang Cina yang dilahirkan di Selat untuk membezakan orang Cina yang dilahirkan di China atau di Kepulauan Melayu. Maksud asal untuk Peranakan berasal dari kata Melayu dan Indonesia yang bermaksud ‘anak’, merujuk kepada keturunan tempatan yang lahir.

Asal Usul Bahasa Melayu - Peranakan

Pada dasarnya merupakan bahasa Melayu Rendah atau Melayu Pasar. Bahasa ini diterima oleh orang Cina Peranakan kerana nenek moyang mereka datang ke rantau merupakan golongan pedagang dan bukan dari golongan literati atau penyiar kebudayaan. Sebagai pedagang, mereka perlu berkomunikasi dengan orang tempatan untuk urusan dagang dan perkhidmatan. Penerimaan bahasa melayu ini sebagai alat komunikasi amat sesuai kerana merupakan lingua franca di kepulauan Melayu. 

Mereka boleh bertutur dalam bahasa Cina dengan menggunakan orang pengantara ketika berkomunikasi dengan orang tempatan tetapi disebabkan mereka mula bertapak di rantau ini, ia membuka minda mereka untuk mempelajari sendiri bahasa melayu. Hal ini disokong lagi dengan ketiadaan kaum perempuan Cina yang terpaksa berkahwin dengan orang tempatan atau golongan hamba abdi seperti Bugis dan Bali. Anak-anak generasi pertama hasil perkahwinan ini masih dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina tetapi generasi kedua dan seterusnya diwajibkan untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan. 

Selain daripada pedagang, mubaligh kristian juga terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa melayu. Mereka berminat mempelajari bahasa Melayu untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang awam. Sumbangan mereka amat penting ke arah perkembangan bahasa Melayu kerana mengenalkan institusi pendidikan dan kegiatan penulisan serta penerbitan dalam bahasa Melayu termasuk Melayu-Peranakan. Mereka memperkenalkan tulisan rumi dengan cara menulis bahasa melayu dalam penulisan supaya boleh ditiru oleh masyarakat Cina-Peranakan. Mereka menggunakan huruf rumi dalam penulisan.  Mubaligh kristian perlu menulis dalam bahasa melayu-peranakan untuk mengajar dan menyebarkan agama kepada masyarakat cina peranakan kerana masyarakat ini tidak boleh membaca atau memahami bahasa Melayu klasik atau Melayu Dalam. 







No comments:

Post a Comment