Prof. Emeritus Tengku Dato’ Shamsul Bahrin

 



  • Beliau dilahirkan pada 18 April 1939 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah, seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah.
  • Beliau memegang Ijazah Kepujian dalam Geografi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama iaitu Geografi di University of Sheffield, United Kingdom. 
  • Beliau adalah bekas pensyarah di Universiti Malaya dan merupakan Pengarah Eksekutif, Nilai Resources Group berhad pada tahun 2001 termasuk Nilai University dan berkhidmat di sana sejak penubuhannya pada tahun 1998.
  • Beliau merupakan salah seorang dari tokoh di Universiti Malaya yang terlibat secara langsung dalam usaha menggerakkan gagasan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1960an.

Arkib Negara Malaysia & Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999, September 30). Majlis pengkisahan sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia.


No comments:

Post a Comment