Sejarah Perpustakaan Tun Seri Lanang



SEJARAH

  • Bangunan boleh dianggap bersejarah kerana ia telah menyumbangkan kepada keperluan perpustakaan untuk kakitangan akademik serta kakitangan profesional UKM terutama sekali kepada mahasiswal mahasiswi UKM selama lebih daripada 25 tahun.
  • Semasa ia ditubuhkan pada 1980, UKM merupakan di antara nstitusi perintis sebagai institusi pengajian tinggi di kawasan Bangi ini, walaupun ketika ini telah ada perpustakaan di institusi pengajian tinggi yang lain di sekitar Bangi/Serdang ini, Perpustakaan Tun Seri Lanang masih menjadi tumpuan lagi kerana koleksinya yang meliputi berbagai bidang yang luas. 
  • Semasa mula-mula berpindah dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 1977 (iaitu tapak asal Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Tun Seri Lanang telah membantu menampung 'keperluan UKM yang asas. Misalnya ketika itu Paras 3 Perpustakaan telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan sembahyang Jumaat bagi kakitangan UKM dan penduduk sekitar Bangi kerana ketika itu masjid yang paling hampir ialah di Kajang dan juga ketika itu Masjid UKM belum lagi siap dibina.




Perpustakaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Rekabentuk dan Konsep
  • Berciri moden dengan unsur bata merah yang menjadi identiti beberapa universiti ternama di United Kingdom
  • Memiliki elemen kebangsaan iaitu sebilah keris ditangga naik pintu utama perpustakaan.
Tangga berbentuk keris di pintu utama Perpustakaan

Ciri-Ciri Istimewa:

Ketika ia dibina pada tahun 1976, bangunan ini merupakan salah satu perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 280,000 kaki persegi. Dalam satu masa kemudahan ruang baca boleh menempatkan kira-kira 3,000 orang.

Maklumat Am Penubuhan Perpustakaan:

Tarikh Penubuhan
18 Mei 1970 di aras bawah, Fakulti Sains di Jalan Pantai Baru serta Perpustakaan Cabang Islam di Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor
Perpindaan ke Bangi
16 Oktober 1977 di aras 3 dan 5 bangunan Pentadbiran di Bangi (Perpustakaan Sementara)
Tarikh Dibina
4 November 1976
Tarikh Siap Dibina
14 Julai 1978
Tarikh Perpindahan Masuk
8 Jun 1978
Kos Pembinaan
RM9,415,563.79 (dibayai oleh Kerajaan Malaysia)
Keluasan Pantai
242,255 Kaki Persegi
Kontraktor Pembinaan
Syarikat Tetuan Pribumi Sdn. Bhd. (ditamatkan kerana gagal siapkan bangunan mengikut tempoh) dan Syarikat Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd.

Dirancang oleh Ketua Pustakawan, Jurutera dan Pengarah Unit Pembangunan UKM

Puisi berkenaan “Perpustakaan Tun Seri Lanang” dihasilkan oleh Shafie Abu Bakar pada 10 Jun 1980
Tarikh Perasmian
2 Julai 1980 =19hb. Sya`ban 1400 oleh Almarhum Tuanku Ja’far Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Canselor UKM


Bangunan Perpustakaan Tun Seri Lanang telah dirasmikan pada 2 Julai 1980







No comments:

Post a Comment