YBhg. Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid




  • Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama pena, A. Bakar telah dilahirkan pada 23 Julai 1938 di Kampung Bagan, Batu Pahat Johor,  Parit Besar, Johor. 
  • Beliau anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik dan dibesarkan dalam keluarga pendidik yang warak. 
  • Mendapat pendidikan awal di Government English Preparatory School pada tahun 1951, serta menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Tinggi Muar pada tahun 1957. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia di Jakarta, Indonesia
  • Kerjayanya dalam bidang akademik sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UM dari tahun 1987-89
  • Beliau menubuhkan rancangan penulisan kreatif dan deskriptif di Universiti Malaya dan kemudian dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Media. 
  • Mengetengahkan dan mempromosikan hasil penulisan dari Malaysia ke persada antarabangsa melalui program penterjemahan daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Jepun dan daripada Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu. 
  • Semasa usaha dan perbincangan secara giat oleh para cendikiawan bagi penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau dilantik menjadi Setiausaha Bersama bagi Jawatankuasa Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia  antara tahun 1968-70.


Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid: Tokoh persuratan melayu [DVD]. (2013).Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arkib Negara Malaysia & Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999, September 30). Majlis pengkisahan sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment