Sejak penubuhannya sehingga kini, Koleksi Manuskrip PTSL telah berjaya mengumpul 109 judul manuskrip bercetak yang terdiri daripada pelbagai bidang keilmuan dan bahasa. Sebahagian besar manuskrip Melayu yang dikumpul adalah terdiri dari manuskrip naskhah Acheh yang melambangkan kehidupan sosial dan kedudukan agama Islam di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Shah dan Sultan Iskandar Muda. Terdapat juga manuskrip dalam Bahasa Arab, al-Quran bertulisan tangan dan manuskrip dalam bidang perundangan Islam, aqidah, feqah dan tauhid.
Sejarah kewujudan koleksi ini bermula seawal tahun 1971 yang diperolehi melalui pembelian dan hadiah perseorangan. Projek ini telah diusahakan oleh Ketua Pustakawan pertama iaitu Allahyarham Syeikh Abdul Aziz Mydin.
Selain bercetak, terdapat juga 391 judul manuskrip digital berbentuk mikrofilem, mikrofis dan CD yang terdiri daripada manuskrip hikayat, syair, kitab perubatan Melayu dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, jumlah koleksi manuskrip dalam simpanan PTSL mengikut kategori
adalah seperti jadual di bawah:
BIL |
KATEGORI |
FORMAT |
JUMLAH |
1. |
Manuskrip
Naskhah Acheh dan Hikayat |
Asal / Salinan |
32 |
2. |
Manuskrip
Arab |
Asal |
77 |
3. |
Sastera
lama (seperti hikayat, syair, cerita dan sebagainya) |
Mikrofilem /
Mikrofis |
275 |
4. |
Manuskrip
Melayu |
Mikrofilem /
Mikrofis |
19 |
5. |
Manuskrip
Melayu dan Ilmu Islam (diperolehi tahun 2008) |
CD ROM |
97 |
|
500 |
- 18 Judul - berkaitan kesultanan dan pemerintahan Acheh
- 20 Judul - bidang perkara sastera, agama dan sejarah
- 71 judul adalah merupakan manuskrip arab yang merangkumi Kitab Fiqah, tauhid dan perundangan termasuk Al-Quran tulis tangan.
Berikut
adalah pecahan bidang perkara manuskrip dalam Koleksi Khas:
3. Riwayat Sultan
4. Kitab Agama
5. Perkembangan Agama
6. Hikayat Raja
7. Hukum Agama
8. Puisi Melayu
10. Undang-Undang Islam
***************************************
No comments:
Post a Comment