Kerajaan Aceh adalah kerajaan bercorak Islam yang berdiri di Banda Aceh Darussalam sekitar tahun 1496M / 901Hijrah
Kerajaan ini didirikan di wilayah Kerajaan Lamuri dan mengalami perluasan untuk menyatukan Daya, Pedir, Lidie, hingga kawasan Nakur.
Kerajaan di tanah rencong lahir daripada gabungan dua kerajaan terdahulu iaitu Lamuri dan Aceh atas dasar ikatan perkahwinan antara Raja Lamuri dan Puteri Raja Aceh.
Setelah resmi bergabung, kerajaan tersebut menciptakan kekuasaan baru sebagai Kesultanan Aceh Darussalam.
Sejak didirikan, Kesultanan Aceh berlandaskan ajaran Islam. Pengasas dan pendiri Kerajaan Aceh dan sebagai Sultan pertama adalah Ali Mughayat Shah (1496-1530M).
Pemimpin Kerajaan Aceh belanjutan, mulai dari putera Ali Mughayat Shah iaitu Sultan Salahuddin, Sultan Alaudin Riayat Shah al-Qahar sehingga ke tangan Sultan Iskandar Muda (1607-1636M).
Kesultanan Aceh Darussalam mengalami zaman kegemilangan pada masa kepemimpinan Sultan Iskandar Muda. 1607-1638) (Sultan Aceh ke-13)
Pada masa itu, Sultan Iskandar Muda menolak sekeras-kerasnya bentuk kerjasama yang ditawarkan oleh orang asing. Malah, dia sudah tahu segala macam muslihat orang asing yang cuba mengambil kesempatan daripada sumber perdagangan.
Baginda menolak tawaran kerjasama dari England, Portugal hingga Belanda. Kekuatan tentera Aceh kuat dan dilengkapi dengan semua senjata canggih termasuk meriam.
Baginda berjaya meluaskan pengaruh wilayah ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor, Perak, Melaka, Kedah, Patani hingga ke sebahagian besar Sumatera.
Baginda juga mempunyai pengaruh besar terhadap budaya Islam yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat dan Aceh mendapat jolokan Seuramoe Mekah (Serambi Mekah).
Selepas Sultan Iskandar Muda mangkat pada Disember 1636, penggantinya adalah Sultan Iskandar Thani.
Zaman Keruntuhan Aceh bermula semasa Pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Baginda tidak dapat mengekalkan kegemilangan sultan sebelumnya.
Kedudukan Aceh yang menjadi salah satu kerajaan terbesar di Asia Tenggara mula lemah dan semakin mudah dipengaruhi oleh pihak luar.
Kesultanan Aceh Darussalam terus menjadi sasaran orang asing, apabila negara barat mula menguasainya dengan Perjanjian London dan Perjanjian Sumatera.
Pada 26 Mac 1873, Belanda mengisytiharkan perang terhadap Sultan Aceh yang dinamakan Perang Sabi (Sabil). Perang Sabil ini berlanjutan sehingga mengakhiri Kesultanan Aceh.
Sultan Aceh terakhir adalah Sultan Muhammad Daud Syah (Sultan ke 36) yang terpaksa mengiktiraf kedaulatan Belanda di Aceh.
Manuskrip 2 : Silsilah Tabaqah Dar al-Magsur Bustan al-salatin Abdullah Malek al-Amin
Manuskrip 3 : Kanun Syarak Kerajaan Aceh pada zaman Sultan Alauddin Mansur Syah
Manuskrip 4 : Tarafan susunan kerajaan Paduka Seri Sultan Alauddin Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa alam Imam Jumhuriah Al-Asyi Darusalam pada tahun 1023 Hijrah.
Manuskrip 5 : Silsilah tarafan sekalian hulubalang, adat (hukum) perkapalan (hukum laut) dan perdagangan
Manuskrip 8 : Tarikh sultan raja-raja kerajaan Acheh dan jajahan takluknya
Manuskrip 9 : Pohon Kerajaan Acheh Darussalam.
Manuskrip 10 : Hukum hak milik tanah ke atas rakyat Acheh dan wasiat kepada seluruh rakyat Acheh untuk bersatu agar sesapa saja tak akan dapat menjajah atau mengalihkan negeri Aceh baik dari Ihat barat tunoung barouh.
Manuskrip 11 : Hukum perkapalan di wilayah perairan Kerajaan Acheh dan hukum memahal makanan dan pakaian dan sedikit catitan berkenaan peraturan pakaian orang luar negara menghadap Sultan.
Manuskrip 14 : Kutipan kitab Tazkirah Tabaqah tentang nasihat Sultan Iskandar Muda dan sanksi hukuman kepada penipu dan siapa saja yang menzalimi rakyat dengan hukuman yang telah ditetapkan.
Manuskrip 15 : Beberapa tarikh sejarah kerajaan Aceh dengan penyerangan terhadap negeri-negeri Melayu dan kisah-kisah lainnya.
Manuskrip 18 : Gambar makam sultan
No comments:
Post a Comment