![]() |
Manuskrip 2 |
Judul:
Silsilah
Tabaqah Dar al-Magsur Bustan al-salatin Abdullah Malek al-Amin.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan
Fizikal:kertas yang baik, Naskhah lengkap.
Kandungan:
1. Ringkasan
mengenai Sultan Iskandar muda sebelum dan sesudah naik takhta, dan kisah
tentang peperangan demi peperangan utu menakluk negeri Deli, Johor dan Pahang
akhirnya kemenangan adalah di pihak kerajaan Acheh Darussalam, di samping itu
kerajaan Acheh juga ikut memerangi Portugis.
2. Kisah-kisah
ini merupakan saduran daripada kitab Dar al-Ma’arif, silsilah Dar al-Kamal
Bustanussalatin.
3. Pada
naskhah ini juga diterangkan tentang kehebatan Sultan Iskandar Muda dalam
memerintah kerajaan Acheh Darussalam. Perkara ini dapat dilihat daripada
hubungan baik antara Acheh dan turki yang begitu erat sekali, perkara ini
tampak jelas dengan pengiriman tiga buah Kapal Kerajaan Acheh Darussalam ke
Turki iaitu berupa kapal pembawa beras, Kapal pembawa Padi dan Kapal pembawa
lada.
No comments:
Post a Comment