![]() |
Manuskrip 28 |
Judul:
Asrar al-din li ahl al-yaqin.
Keadaan Fizikal: baik dan terang.
Kandungan:
Keadaan Fizikal: baik dan terang.
Kandungan:
1. Naskhah
ini membahas berkenaan ilmu tasawuf, ilmu tauhid dan perbincangan berkenaan
makhluk dan yang terbanyak ialah para malaikat mengikut peratus daripada sekalian
makhluk Allah (SWT).
2. Dalam
pembahasan ilmu tasawuf dibincangkan berkenaan pembahagian amal ibadah kepada
amal ibadah menurut syariat, tariqat dan hakikat. Juga ikut dihuraikan di akhir
kitab ini tentang sifat Istifqar dan istighna’ daripada sifat Allah (SWT).
3. Dalam
pembahasan pembahagian makhluk Allah (SWT) dalam bentuk peratus yang mana
makhluk Allah yang paling banyak adalah para malaikat a.s dan seterusnya
pembahagian terhadap manusiasecara keseluruhannya dan pembahasan pada criteria
orang-orang saleh dan pembahagian mereka hamba Allah yang saleh hinggalah
sampai pada para nabi-nabi yang jumlah mereka semuanya satu kati dua laksa
empat ribu orang. Sedangkan pembahasan berkenaan ilmu tauhid iaitu berkisar
dengan sifat-sifat Allah (SWT) dan segala yang berhubungan dengan sifat-sifat
Allah (SWT) baik yang wajib, mustahil dan harus.
No comments:
Post a Comment