![]() |
Manuskrip 33 |
Judul:
Kitab
Sifat dua puluh.
Pengarang/ penyalin: Daud ibn Abdullah al-Fatani.
Keadaan Fizikal: Jelas dan terang.
Kandungan:
Pengarang/ penyalin: Daud ibn Abdullah al-Fatani.
Keadaan Fizikal: Jelas dan terang.
Kandungan:
1. Kitab
ini membahaskan berkenaan ilmu Tauhid iaitu sifat-sifat yang wajib kepada Allah
(SWT), yang mustahil dan harus pada Allah (SWT). Di samping itu membahas secara
mendalam berkenaan sifat iftiqar dan sifat istighna’ yang berhimpun dalam
kalimah Lailahaillallah yang mengandungi sifat dua puluh di dalamnya.
2. Sifat
istighna’ terdiri dari 11 sifat dan sifat iftiqar terdiri dari 9 sifat iaitu
sifat istighna’ : wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadith, qiyamuhu
binafsih, sama’, basar, kalam, sami’un, basirun, mutakallimun. Sedangkan sifat
iftiqar itu ialah : qudrah, iradah, ilmu, hayat, qadirun, muridun, alimun,
hayyun, wahdaniyah. Juga terdapat carta pembahagian sifat-sifat istghna’ dan
iftiqar secara ringkas dan berkesan untuk memudahkan pemahaman.
3. Pada
bahagian akhir naskhah ini disebutkan nama-nama Rasul pilihan yang dua puluh
lima rasul dan catitan atau keterangan pembahagian warisan kepada beberapa ahli
waris yang berhak menerimanya (faraidh).
No comments:
Post a Comment