Manuskrip 9 |
Judul:
Pohon
Kerajaan Acheh Darussalam.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan Fizikal: kertas yang baik, Naskhah lengkap.
Kandungan:Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan Fizikal: kertas yang baik, Naskhah lengkap.
1. Dalam
manuskrip ini mendedahkan 21 peraturan atau ketetapan yang terdapat dalam
kerajaan Aceh Darussalam yang harus dijalankan oleh rakyat Aceh. Dan ketentuan
yang diwajibkan oleh kerajaan Aceh untuk memegang teguh Agama Allah (s.w.t.)
dan Syariat Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan bermazhab Imam Mujtahid Mutlaq Imam
Syafi’e (r.a.) sebagai mazhab rasmi kerajaan Aceh Darussalam dengan mengiktiraf
mazhab Imam mutlaq tiga yang lainnya.
2. Menyalin
kembali muqaddimah kitab Tazkirah Tabaqah juzuk1, fasal 1, halaman 5, bab II.
Berkenaan beberapa ramalan masa depan negeri Aceh dan negeri bawah angin yang
di ramalkan oleh ulama-ulama Aceh seramai 44 orang di mesjid Bait al-Rahman di
hadapan Baginda Sultan Iskandar Muda atas titah Baginda Sultan. Antara ramalan
adalah kejadian sejarah yang tak dapat dinalar oleh akal fikiran biasa iaitu
pada tahun 1390 Hijrah, 1362 Hijrah, 1365 Hijrah.
3. Ungkapan
kesedihan Sultan Iskandar Muda yang dilukiskan dengan dendangan Syair yang
menyayat hati terdapat dalam 1r, di bahagian bawah dan syair tersebut bertuliskan
dengan bahasa Acheh.
No comments:
Post a Comment