Thursday 16 December 2021

Alur Ilmu Sistem Saliran Air Kampus UKM

“Air yang mengalir di Alur Ilmu dibekalkan dari Hutan Simpan Kekal dan Hutan Pendidikan Alam UKM dan mengalir ke kawasan pembinaan fakulti-fakulti dan terus mengalir ke Sungai Langat, Selangor, Malaysia. Alur ini telah diubahsuai dengan simen konkrit berasaskan saliran semulajadi sejak pembinaan kompleks bangunan kampus UKM Bangi pada awal tahun 1970-an (rujuk Rajah 1).

Alur Ilmu dibina bertujuan untuk pengawalan aliran air hujan, air bawah tanah dan apa-apa bendalir dari kampus UKM Bangi (lingkungan pertama) terus ke Sungai Langat [11]. Walau bagaimanapun, jumlah hujan yang diterima dan proses hakisan dari kawasan hulu serta kesan pembinaan bangunan baru telah melumpuhkan perangkap sedimen sedia ada lalu mengubah nilai kualiti air dan corak luahan sedia ada. Di samping itu, apabila hujan, air larian permukaan berlaku dan membawa bahan-bahan mengalir ke saluran yang tersedia dan terus ke dalam Alur Ilmu. Sisa kumbahan dan air basuhan dari kafeteria juga didapati tersalur ke alur ini tanpa rawatan sebelum di lepaskan ke Sungai Langat.”

(Sumber: Haslinur Md Din, Mohd Ekhwan Toriman, Mazlin Mokhtar, Rahmah Elfithri, Nor Azlina Ab.Aziz, Nur Munirah Abdullah, Mohd Khairul Amri Kamarudin, 2012: |"KEPEKATAN BEBAN BAHAN PENCEMAR DI ALUR ILMU KAMPUS UKM BANGI: KAEDAH MIN KEPEKATAN PERISTIWA (EMC)").


No comments:

Post a Comment