Thursday 24 November 2022

Falsafah UKM

 Falsafah universiti telah digubal ungkapannya sesuai dengan sejarah, matlamat dan hasrat penubuhan universiti. Mesyuarat Senat 75/78 telah membincangkan satu ungkapan asal falsafah UKM iaitu;

 “Kombinasi antara teori dan amal, ilmu dan iman adalah menjadi teras bagi proses pembinaan generasi terpelajar dan bertanggungjawab yang akan membina negara dan menegak bangsa”

 Selanjutnya dalam Mesyuarat Khas Senat ke-25 pada 24 Julai 1978 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman dengan ahlinya iaitu Dr. Yusuf bin Noor, Dr. M. Zawawi bin Ismail dan Hairi bin Abdullah telah membincangkan semula soal falsafah UKM. Lanjutan itu, kenyataan falsafah tersebut telah dipinda menjadi seperti;

“Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” 


Sumber: Shaharir Mohamad Zain (sunt.), 1994, Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia: Tafsiran dan Penghayatan, Penerbit UKM.


No comments:

Post a Comment