Thursday, 7 May 2026

SEMESTA Majalah Rasmi Kolej Pertama UKM

Kolej Pertama UKM telah menerbitkan majalah rasminya yang pertama pada tahun 1971, Majalah ini dinamakan SEMESTA. Sidang redaksi pertama majalah SEMESTA ini diketuai oleh Chamhuri Siwar (Prof. Emeritus) sambil dibantu oleh Sabariah Ibrahim, Asiah Sarji ( Prof. Dr.), Mohd Kalyubi Ghazali, Abdullah Man dan Jamilah Jaafar. 

Penerbitan ini bukan sahaja memuatkan berita tentang aktiviti mahasiswa, tetapi turut memuatkan karya yang dihasilkan oleh ahli akademik, antara yang menyumbang ialah Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas (pada masa itu Dekan Fakulti Sastera yang pertama), Prof. Achmad Amirudin, Prof. Dr. Khoo Kay Kim, sidang redaksi yang sememangnya mempunyai bakat yang bukan sembarangan turut menyumbangkan penulisan dalam majalah ini.


Kulit keluaran pertama majalah Semesta 1970, kelihatan logo pertama UKM hasil ciptaan Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas.



Sidang redaksi majalah Semesta yang pertama, Ketua Pengarangnya ialah Chamhuri Siwar (Prof. Emeritus).


Redaksi 1972/1973 dipimpin oleh Shafie Abu Bakar (YB. Dr.). (Sumber: Semesta, 1972)



Awang Sariyan (Prof. Dr.) memimpin sidang redaksi Semesta bagi tahun 1973/1974 . (Sumber: Semesta, 1973/74)



Majalah ini diteruskan penerbitannya buat beberapa ketika, malah selepas perpindahan ke Kampus Bangi, dimana kolej pertama ini bertukar nama ke KOMSIS A dan kemudiannya menjadi Kamsis A sebelum kini dikenali sebagai Kolej Dato' Onn. Antara tokoh dan ahli akademik yang pernah menganggotai sidang redaksi majalah ini ialah, Awang Sariyan ( Prof. Dr.), Shafie Abu Bakar (Dr.), Zainuddin Ayip, Nik Marzuki Sidek (Dr.) dan lain-lain.


Rujukan:
  • Lemporian. (1977). Dari Pantai Baru ke Kampus Bangi. Semesta, 57.
  • Semesta, (1970).Jilid.I.
  • Semesta, (1971/72).Jilid.II.
  • Semesta, (1972/73).Jilid.III.
  • Semesta, (1973/74).Jilid.4.
  • Semesta, (1977/78).Vol. VIII.







No comments:

Post a Comment