Showing posts with label Manuskrip-Puisi Melayu. Show all posts
Showing posts with label Manuskrip-Puisi Melayu. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Manuskrip Arab 44 (Diwan saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhahu.)


Manuskrip Arab 44



Judul: Diwan saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhahu.

Pengarang/ penyalin:  Tidak diketahui

Keadaan Fizikal: Baik dan sempurna

Kandungan:

1.  Naskhah ini mengandungi bait-bait syair yang member nasihat kepada manusia dalam menempuh kehidupan di dunia ini demi kemaslahatan duniawi dan ukhrawi.
 

2.  Juga termaktub syair-syair yang ketokohan dan keperkasaan Saidina Ali r.a. dengan kehaibatan beliau yang patut dipuji dan disanjungi.
 
 

Wednesday, 29 October 2014

Manuskrip Arab 21 (Syarah al-abyat al-munfasal min al-Arabi)



Manuskrip Arab 21


 

 

Judul: Syarah al-abyat al-munfasal min al-Arabi.
Pengarang/ penyalin:  al-Alamah Jarullah al-Zamakhsyari .

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Kitab ini menghuraikan makna dan pengertian bait syair, yang telah dituliskan pada mukaddimah kitab. 

2.  Disamping itu juga dibincangkan beberapa ulasan-ulasan yang menjadi kaedah-kaedah huraian istilah yang telah baku seperti pebezaan dan persamaan diantara satu dengan lainnya atau dapat dikatakan juga seperti asal perkataan sesuatu.
 


 

Tuesday, 28 October 2014

Manuskrip 42 (Syair Alif Ba Ta)




Manuskrip 42

 
 
 
Judul: Syair Alif Ba Ta.

Keadaan Fizikal: Baik dan agak sedikit kabur.

Kandungan:

1.  Naskhah ini adalah bahan salinan. 

2.  Naskhah ini menghuraikan berkenaan syair yang berbentuk nasihat dan ianya adalah syair karangan bukan cerita. 

3.  Karangan ini hasil daripada ilmu pengetahuan atau pengalaman pensyair dalam kehidupan sehari-hari.



 

Manuskrip 16 (Kanun Siasah Aceh Darussalam)


Manuskrip 16

 
 
Judul: Kanun Siasah Aceh Darussalam.

Pengarang/ penyalin:  Syaikh Abbas Kuta Karang al-Asyi.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.   Memperkatakan berkenaan negeri Acheh pada masa mendatang iaitu pada masa yang diistilahkan dengan “zaman buka” atau mungkin dapat diertikan era globalisasi, yang mana pada masa itu manusia telah banyak yang lupa kepada Allah (SWT) dan ajaran Rasul (SAW). 

2.   Acheh pada masa itu (sekarang ini) telah pun gemerlapan dengan lampu-lampu di merata tempat, lebih daripada itu juga fenomena negeri Acheh secara khusus dan kawasan lainnya, dinyatakan bahawa hasil buminya diambil oleh orang putih, selanjutnya oleh orang kulit kuning dan akhirnya oleh orang Jawa. Demikianlah keadaan bangsa Aceh pada masa Jawa memerintah. 

3.   Tersebut juga 44 orang ulama Aceh yang berkumpul di mesjid Baiturrahman banda Aceh titah Sultan Iskandar Muda, untuk meramalkan masa depan negeri Acheh khasnya dan negeri-negeri lain amnya. 

4.   Untaian Syair yang di nazamkan oleh Syaikh Abdul Wahid yang berkenaan fenomena negeri Aceh dan bangsa Aceh masa depan.