Showing posts with label Manuskrip-Hadith/Tajwid/Adab. Show all posts
Showing posts with label Manuskrip-Hadith/Tajwid/Adab. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Manuskrip Arab 36 (Misykawat al-masabih)


Manuskrip Arab 36

 
Judul: Misykawat al-masabih

Penyalin/Pengarang: Syaikh Waliuddin ibn Muhammad ibn Abdullah al-Khatib al-Tabriz

Keadaan Fizikal: Baik dan terdapat juga kerosakan akibat dimakan lipas.

Kandungan:
1)  : Kitab ini mengandungi hadith Nabi (SAW) yang dimulai daripada Kitab nikah dengan segala selok beloknya dan diakhiri kitab al-fitan fi thaubu hazihi al-ummah.

2)  :  Dalam kitab ini juga membincangkan 2 bab yang berkenaan:
bab 1 : membincangkan nama-nama sahabat dan para pengikut mereka (r.a.h),
bab 2 : menyatakan nama-nama pemimpin para sahabat Nabi (SAW).



Manuskrip Arab 35 (Misykawat al-masabih)


Manuskrip Arab 35


 
 
Judul : Misykawat al-masabih
 
Penyalin/Pengarang : Syaikh Waliuddin ibn Muhammad ibn Abdullah al‑ Khatib al-Tabriz.
 
Keadaan Fizikal : baik dan terdapat juga kerosakan akibat dimakan lipas.
 
Kandungan :
1)   Kitab ini mengandungi pelbagai hadith yang berkenaan dengan ibadat iaitu dimulai dengan hadith yang membincangkan hukum-hakam tentang taharah dan kelebihannya dan diikuti dengan wuduk dan kitab solat serta segala aspek yang menyangkut dengan perihal ibadat seperti puasa dan kelebihan membaca al-quran dan lain sebagainya.
 
2)  Juga terdapat berbagai hadith yang membincangkan berkenaan kitab doa-doa dalam perjalanan, doa dan zikir untuk mendekatkan din i kepada Allah (SWT), kitab asma' iaitu pelbagai doa dan tasbih dan tahmid dalam istighfar dan taubat dan lain sebagainya, juga dalam perihal bermacam-macam doa dan waktu-waktunya. Dan akhimya kitab ini diakhiri dengan pembahasan mengenai kitab buyu’ fi al-wasaya.
 
 
 

Manuskrip 34 (Kitab Tajwid.)


Manuskrip 34

 
Judul: Kitab Tajwid.
Pengarang/ penyalin: Tiada.
Keadaan Fizikal: Baik.
Kandungan:

 
 
 

Tuesday, 28 October 2014

Manuskrip 35 (Kitab Tajwid)


Manuskrip 35

 
Judul: Kitab Tajwid.

Pengarang/ penyalin:  Tidak disebutkan.

Keadaan Fizikal: Baik.

Kandungan:

1.  Membincangkan tata cara membaca al-Qur’an (ilmu tajwid), dan pembahagian-pembahagian hukum hakam qiraat al-Qur’an. 

2.  Juga ikut diperjelaskan dalam naskhah ini tentang makhrajul huruf (tempat terbitnya huruf secara betul), dan juga perkara-perkara yang berkenaan dengan makhrajul huruf.

 

Manuskrip Arab 18 (Talkhis al-Aqwal fi tahqiq ahwal al-rijal)


Manuskrip Arab 18

 
Judul: Talkhis al-Aqwal fi tahqiq ahwal al-rijal.

Pengarang/ penyalin:  Muahammad Ja’far ibn Syaikh Hasan al-Hamusi.

Keadaan Fizikal: Baik dan terang.

Kandungan:

1.   Kitab ini membincangkan berkenaan dengan nama-nama perawi hadith mengikuti salasilah keturunan mereka masing-masing dan juga berkenaan dengan laqab dan lain-lain sebagainya yang berhubung dengan perawi. 

2.   Keterangan nama-nama perawi disusun sesuai dengan susunan huruf hijaiyah.