Monday, 17 November 2014

Manuskrip Arab 35 (Misykawat al-masabih)


Manuskrip Arab 35


 
 
Judul : Misykawat al-masabih
 
Penyalin/Pengarang : Syaikh Waliuddin ibn Muhammad ibn Abdullah al‑ Khatib al-Tabriz.
 
Keadaan Fizikal : baik dan terdapat juga kerosakan akibat dimakan lipas.
 
Kandungan :
1)   Kitab ini mengandungi pelbagai hadith yang berkenaan dengan ibadat iaitu dimulai dengan hadith yang membincangkan hukum-hakam tentang taharah dan kelebihannya dan diikuti dengan wuduk dan kitab solat serta segala aspek yang menyangkut dengan perihal ibadat seperti puasa dan kelebihan membaca al-quran dan lain sebagainya.
 
2)  Juga terdapat berbagai hadith yang membincangkan berkenaan kitab doa-doa dalam perjalanan, doa dan zikir untuk mendekatkan din i kepada Allah (SWT), kitab asma' iaitu pelbagai doa dan tasbih dan tahmid dalam istighfar dan taubat dan lain sebagainya, juga dalam perihal bermacam-macam doa dan waktu-waktunya. Dan akhimya kitab ini diakhiri dengan pembahasan mengenai kitab buyu’ fi al-wasaya.
 
 
 

No comments:

Post a Comment