Monday 10 November 2014

Manuskrip 6 (Hukum gadai (gala) hukum hutang piutang dan penjelasannya)


Manuskrip 6

 
Judul: Hukum gadai (gala) hukum hutang piutang dan penjelasannya sehingga tidak menyebabkan riba (larangan) dan susunan menteri-menteri kerajaan Acheh Darussalam.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan Fizikal: Baik dan ada bahagian tertentu yang uzur.
Kandungan:

1.  Menerangkan hukum yang berkenaan dengan pergadaian (gala), barangan mas, kebun (ampas) atau huma yang pada kedua-duanya ada pepohonan yang berbuah atau hasil, maka yang dapat diambil daripada hasil kebun (huma dan ampas) tersebut sebatas harga gadai itu sahaja. 

2.  Menerangkan prihal tatacara hutang-piutang dan tegahan bayaran hutang yang berlainan nilai tukar dari masa ke semasa. 

3.  Susunan kabinet menteri-menteri dan kementerian kerajaan Acheh Darussalam dan nama-nama wazir mizan sebagai menteri pertimbangan agung tempat kerajaan bermusyawarat. Sedikit keterangan tentang kewarganegaraan kerajaan Acheh Darussalam.
 
 
 

No comments:

Post a Comment