Monday 10 November 2014

Manuskrip 7 (Perihal berkenaan dengan shalat Jumaat dan berbagai hukum)


Manuskrip 7

 
Judul: Perihal berkenaan dengan shalat Jumaat dan berbagai hukum shalat sunat iadah zuhur sesuai dengan keadaannya dan tarikh kelahiran Sultah Iskandar Muda serta sejarah lima kerajaan besar di dunia yang telah berlalu dan yang akan datang.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd.Rahman Jamalullail.
Keadaan Fizikal: Kertas yang baik, Naskhah lengkap.
Kandungan:

1.  Pada muka surat pertama menerangkan sanksi hukum terhadap orang yang memalsukan wang dan emas serta hukuman bagi orang yang membawa emas keluar negara. 

2.  Kandungan kitab adalah berkenaan dengan masalah shalat Jumaat serta hal ehwal hukum hakam shalat Jumaat itu sendiri.

3.  Syarahan di pinggir adalah memperkatakan tentang Cap Halilintar iaitu (Cap Seukureng) siapa dapat memegang (Cap Seukureng) ia yang akan dapat memimpin kerajaan Acheh. Juga memperkatakan tentang pembahagian hak Allah hak anak Adam dan hak kerajaan Acheh, yang termasuk dalam resam nafsi. 

Juga memperkatakan tentang hukum Islam sebagai sumber kanun kerajaan Acheh, membincangkan tentang imam-imam mujtahid mutlak yang empat.

Juga mendedahkan berkenaan hukum pencuri yang mencuri untuk makan kerana lapar, mencuri untuk kaya dan yang membunuh pemiliknya,kesemuanya disebutkan dalam kitab Tazkirah Tabaqah. 

4.  Memperkatakan tentang hari kelahiran Iskandar Muda (Abdullah Sulaiman ibni Mansur pada 12hb.Rabiul Awal, hari Isnin, tahun 999 hijriah). 

5.  Dalam muka surat terakhir memperkatakan tentang khalifah-khalifah Allah di muka bumi ini semenjak nabi Adam a.s hingga sampai ke nabi Muhammad dan memperkatakan kerajaan-kerajaan besar itu ada lima, empat pada masa yang telah lalu, dua diantaranya kerajaan Islam iaitu Kerajaan Islam pada masa nabi Sulaiman a.s dan Iskandar Zulkarnain a.s sedangkan Dua kerajaan kafir yang pertama Raja namrud yang kedua Raja Bakhat Nasara. Sedangkan yang kelima kerajaan akan datang iaitu Imam Mahadi Muhammad Ibni Abdillah al-Fathimi yang semuanya tersebut dalam kitab Tazkirah Tabaqah.
 
 
 

No comments:

Post a Comment