TAN SRI DATO’ ABD. JALIL BIN HJ. HASSAN
DEKAN PERTAMA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
(6 Mei 1970–1 Disember 1972)
Tan Sri Dato’ Abdul Jalil Hassan merupakan mufti ketujuh yang berkhidmat dari tahun 1961 hingga 1964 bagi menggantikan Dato’ Syed Alwe Bin Tahir al-Hadad. Beliau dilahirkan di Kampung Serom, Muar, Johor pada bulan Syawal 1332 / 10 Januari 1912. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Johor dalam tahun 1924. Seterusnya mendapat pendidikan di Royal Inggeris School Singapura Islam selama dua tahun iaitu dari tahun 1925 hingga 1927. Kemudian menyambung pelajaran di sekolah pondok Kalimantan, Indonesia selama tiga tahun dari 1927 hingga 1929.
Beliau menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi di Maahad Al-Azhar bil Jamik al-Azhar as Syarif Fil Qism al-Ibtida’I dan Sanawi di Kaherah, Mesir selama lapan tahun iaitu dari tahun 1930 hingga 1938. Kemudian beliau meneruskan pengajian Kuliyah Usuluddin di Universiti Al-Azhar selama empat tahun dari tahun 1938 hingga 1942. Beliau seterusnya menyambung pelajaraan di Qism Tahsis al-Wa’zhu Wa Irsyad. Beliau kemudiannya menetap di Mesir selama dua tahun dan tidak dapat kembali ke tanahair kerana peperangan antara Jepun denagn Malaya.
Beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan April 1970 hingga akhir bulan Disember 1972 dan menjadi Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada awal tahun 1973 hingga April 1978. Beliau bersara dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mei 1978. Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Tertinggi Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah sejak tahun 1965 hingga akhir hayat.
Tan Sri Dato' Abdul Jalil Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Mei 1990 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment