Friday, 8 May 2020

Siapa Tun Seri Lanang


Dinamakan Perpustakaan Tun Seri Lanang


Tinjauan dibuat kepada pihak-pihak yang releven, terutama mereka yang berkaitan dengan bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Antara pendapat ditinjau dari En. Shaharom Husain seorang ahli drama dan menjadi karyawan Tamu Jabatan Persuratan Melayu UKM. Shafie Abu Bakar turut meninjau pandangan dan turut sama mencadangkan bahawa nama Tun Seri Lanang diabadikan sebagai nama Perpustakaan UKM.




Siapa Tun Seri Lanang

Tun Seri Lanang yang kita kenali sebagai pengarang besar Johor yang telah melahirkan buku “Sejarah Melayu” atau “Sulalatus Salatin” (1612), dilahirkan pada tahun masihi 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Ayahandanya Orang Kaya Paduka Raja Ahmad dan bondanya Tun Gengang. Beliau berasal dari keluarga orang kaya atau bergelar kerana nenek moyangnya keluarga Bendahara Sri Maharaja Melaka, membawa kepada baginda Mani Purindan keturunan Bukit Siguntang. Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara ke 14 dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja Johor pada tahun 1580, oleh Sultan Ala-Jalla Abdul Jalil Syah. Beliau mangkat pada tahun 1615 di Aceh.
Sumber: Warisan Persuratan Johor YWJ (1997)



Rujukan:

  1. http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/04/siapa-tun-seri-lanang.html

Wednesday, 6 May 2020

Puisi Perpustakaan Tun Seri Lanang



Puisi Perpustakaan Tun Seri Lanang

Perpustakaan Tun Seri Lanang
Kami yang meneliti jejak zaman
Kegunaan warisan
Inti pemikiran bangsa dan budaya
Untuk diabadikan
Pada gedung ilmu ini
Menemui kepastian
Tiada lain darimu
Tun Seri Lanang
Kau sekaligus pendita dan pujangga
Mentari zaman di ufuk Nusantara.

Telah kau bicarakan tentang warisan
Titisan peradaban dunia
Teradun dalam jalinan
Dan engkau dengan segala kemegahan
Menjunjung peradaban bangsa
Berpusat di Melaka
Cahaya timur
Menarik segala bangsa
Menikmati kemakmuran
Segalanya kau rakamkan
Di dalam kitab
Sulalatu`s-Salatin Hikayat Melayu
Melaluinya
Akar warisan tersirat
Peradaban bangsa tersingkap.

Perpustakaan ini
Inti institusi pengajian
Laut ilmu mengadun
Rakaman penemuan
Para ilmiawan
Berbagai bidang
Sumber memupuk
Peradaban bangsa
Waris budaya
Warga dunia
Di sini pencinta ilmu
Karam dalam kehausan
Di laut ilmu tanpa watas
Menghirup piala tanpa puas.

Tun Seri Lanang
Engkau adalah asas
Perlanjutan budaya
Kemegahan bangsa
Dan perpustakaan ini
Inti institusi aspirasi bangsa
Tegaknya dengan harapan menjulang
Dalam renungan tersirat
Adalah lanjutan dari apa yang kautegak
Selaku wira pengukuh bangsa
Benih yang kau semaikan
Sumbangan tak ternilai
Memupuk kesedaran
Budaya dan intelektual
Lantaran itu
Kami pilih namamu
Abadi pada perpustakaan ini
``Perpustakaan Tun Seri Lanang``
Moga
Perpustakaan ini
Turut memperkembang
Budaya dan intelektual
Berterusan.

Shafie Abu Bakar
Jabatan Persuratan Melayu.
10hb. Jun, 1980.
(Madu Ilmu, 1999: 75-76).

Sejarah Awal Perpustakaan Tun Seri Lanang





Bangunan boleh dianggap bersejarah kerana ia telah menyumbangkan kepada keperluan perpustakaan untuk kakitangan akademik serta kakitangan profesional UKM terutama sekali kepada mahasiswal mahasiswi UKM selama lebih daripada 25 tahun.
Semasa ia ditubuhkan pada 1980, UKM merupakan di antara nstitusi perintis sebagai institusi pengajian tinggi di kawasan Bangi ini, walaupun ketika ini telah ada perpustakaan di institusi pengajian tinggi yang lain di sekitar Bangi/Serdang ini, Perpustakaan Tun Seri Lanang masih menjadi tumpuan lagi kerana koleksinya yang meliputi berbagai bidang yang luas. 
Semasa mula-mula berpindah dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 1977 (iaitu tapak asal Universiti Kebangsaan Malaysia), Perpustakaan Tun Seri Lanang telah membantu menampung 'keperluan UKM yang asas. Misalnya ketika itu Paras 3 Perpustakaan telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan sembahyang Jumaat bagi kakitangan UKM dan penduduk sekitar Bangi kerana ketika itu masjid yang paling hampir ialah di Kajang dan juga ketika itu Masjid UKM belum lagi siap dibina.
Perpustakaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Rekabentuk dan Konsep
  • Berciri moden dengan unsur bata merah yang menjadi identiti beberapa universiti ternama di United Kingdom
  • Memiliki elemen kebangsaan iaitu sebilah keris ditangga naik pintu utama perpustakaan.
Pandangan  dekat tangga Perpustakaan Tun Seri Lanang
Tangga berbentuk keris di pintu utama Perpustakaan

Ciri-Ciri Istimewa:

Ketika ia dibina pada tahun 1976, bangunan ini merupakan salah satu perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 280,000 kaki persegi. Dalam satu masa kemudahan ruang baca boleh menempatkan kira-kira 3,000 orang.