Monday 7 February 2022

Mempelopori Pembentukan UKM

 

Lima Tokoh Pengasas UKM, bergambar kenangan selepas majlis menghormati mereka pada tahun 1996. Dari kanan Abu Bakar Hamid, Zainal Wahid, Ghazali A. Rahman, Tengku Shamsul dan Said Husin.

Pada awal tahun 1970an di kalangan masyarakat Cina timbul suara lantang mendesak supaya dibina sebuah pusat pengajian tinggi bernama "Universiti Merdeka" yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai pengantar.

Suatu malam aku berbincang dengan kawan rapatku Dr M.K. Rajakumar.  Kami bersetuju bahawa inilah masa yang sesuai sekali untuk mendesak supaya dibina sebuah "Universiti Kebangsaan sebagai puncak kepada sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar.

Keesokannya aku mengeluarkan sebuah kenyataan menyarankan supaya Universiti Kebangsaan itu ditubuhkan. Kenyataan ini mula-mula diberi liputan agak luas oleh akhbar Harian, yang pada waktu itu pengarangnya Samad Ismail, kemudiannya oleh Utusan Melayu.

Saranan ini mendapat sambutan meluas dari kalangan pertubuhan guru, penulis dan ahli bahasa, dan juga parti-parti politik. Aku bersama beberapa orang pensyarah muda merasa teruja sekali untuk meneruskan maha supaya Universiti ini menjadi kenyataan. Aku  rapat terutarna sekali dengan Tengku Shamsul, Bakar Hamid dan Zain Majid. Jadi mudah saja karni menjadi kumpulan teras untuk membincangkan rancangan pembentukan Universiti Kebangsaan itu. Kemudian karni mangajak Ghazali Rahman dan Zainal Wahid untuk menyertai kumpulan.

Aku menulis beberapa buah artikeI untuk Berita Harian bagi mempopularkan lagi       saranan ini Akhirnya, kami bersetuju menemui Syed Nasir, waktu itu Pengarah DBP, untuk menjemput beliau sama-sama memanggil satu pertemuan lebih besar bagi membentuk Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan.

Kami bersetuju mengadakan pertemuan itu pada pertengahan 1968 di DBP. Kira-kira 50 orang hadir, antaranya Dr Mahathir Mohammad dan Samad Ismail. Selaku tuan rumah Syed Nasir dirninta membuat ucapan perasmian. Beliau meminta aku menulis ucapan tersebut.

Dua hari sebelum pertemuan itu berlangsung. Berita harian menerbitkan sebuah artikel tulisanku yang mengalu-alukannya. Aku sentuh betapa pentingnya Universiti Kebangsaan itu ditubuhkan untuk menyalur murid-murid sekolah menengah ke peringkat Universiti. Zainal membantah keras terhadap idea itu kerana mengikutnya ia menyentuh perkara yang hampir sama dengan disiapkan untuk Syed Nasir.

Kawan-kawan lain tidak ada apa-apa masalah pun karena ucapan Yang akan disampaikan berbeza dengan artikelku. Syed Nasir juga bersetuju dan oleh Itu dengan senang hati beliau menyampaikan ucapan itu pada pertemuan yang dirancang. Media memberikan liputan yang luas kepada ucapan tersebut.

Dalam pertemuan itu sebuah Jawatankuasa Penaja dibentuk dengan Syed Nasir sebagai Pengerusi dan Mahathir sebagai Timbalan. Shamsul dan Bakar dipilih sebagai Setiausaha Bersama. Samad Ismail dan Zainal terpilih juga ke dalam Jawatankuasa.

Ada yang mencadangkan nama aku juga. Akan tetapi aku menolak oleh sebab hendak menumpukan perhatian kepada kerja politik. Waktu itu aku memegang jawatan Timbalan Presiden PRM dan tenagaku diperlukan di situ kerana kebetulan pilihanraya umum sudah dekat.

Isu pembentukan Universiti Kebangsaan muncul sebagai isu yang mendapat sambutan paling hangat, terutama di kalangan orang Melayu. Suatu persidangan besar diadakan di Universiti Malaya bagi membincangkan pembentukan universiti ini, yang dihadiri oleh orang Melayu daripada pelbagai latar belakang dan lapisan.

UMNO segera merampas isu ini sebagai perjuangan mereka yang menjadi besar menjelang pilihanraya. Masa itu aku berada di Terengganu menjalankan tugas parti. Aku memutuskan tidak menghadiri persidangan. Menoleh ke belakang rasanya keputusan itu merupakan satu kesilapan daripada segi politik.

Setelah kerajaan memutuskan akan membentuk Universiti itu, aku bersama-sama Shamsul, Bakar dan Zain meneruskan urusan untuk menjadikannya suatu kenyataan. Mula-mula sekali kami hendak mencadangkan seorang yang sesuai bagi menjadi Naib Canselor.

Kami memutuskan tiga nama, iaitu Dr Majid Ismail, Ahmad Ibrahim dan Dr Rashdan Baba, Dr Majid dan Ahmad Ibrahim menolak. Akhirnya kami pergi kepada pilihan ketiga. Rashdan terus bersetuju. Kami kemukakan namanya kepada Jawatankuasa Penaja Universiti yang mudah saja menerimanya.

Selepas itu kami mencari orang yang paling sesuai untuk mengkoordinasi usaha menyususn kursus-kursus. Kami mengenalpasti Dr Agoes Salim dan beliau disetujui sepenuhnya oleh Jawatankuasa Penaja Universiti. Di bawah kelolaan Agoes beberapa jawatakuasa dibentuk untuk menyiapkan sebuah rangka rancangan bagi pengisian kursus yang hendak diberi. Rangka inilah yang menjadi asas bagi jabatan-jabatan dan kursus-kursus yang diberikan oleh Universiti Kebangsaan selanjutnya .

Dari mula Rashdan menghantar wakil memujuk aku ke UKM untuk mengepalai Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Akan tetapi aku menolak. Kami berenam yang mula-mula mempelopori penubuhan UKM telah berikrar tidak akan pergi ke sana, terutama sekali sekiranya ditawarkan jawatan lebih tinggi. Kami tidak mahu disalah anggap sebagai berusaha menubuhkan sebuah universiti baru untuk cepat menjadi profesor.

Akan tetapi, tidak lama selepas UKM ditubuhkan secara rasmi, Zainal dan Ghazali berpindah ke sana untuk mengetuai Jabatan Sejarah dan Jabatan Fizik. Kami tidak menentang keputusan mereka. UKM telah mendirikan suatu tanda peringatan yang mencatatkan nama kami berenam sebagai pengasas pusat pengajian tinggi itu.


Rujukan :

Syed Husin Ali. Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali. Strategic Information and Research Development Centre. 2016


No comments:

Post a Comment