Logo UKM

  • Logo UKM mula diperkenalkan pada tahun 1970.  Logo ini adalah cetusan idea Dekan Perintis Fakulti Sastera, Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 

  • Logo ini telah digunakan bermula dari tarikh penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 sehingga 1972.


Logo UKM 1970


  • Latar belakang yang berwarna hijau gelap melambangkan agama Islam, agama negara dan dasar falsafah universiti. Harimau diperingkat antarabangsa dikenal sebagai binatang kepulauan Melayu, melambangkan masyarakat Malaysia yang mengakar pada kebudayaan Melayu. Harimau tidak melihat ke belakang, tetapi dalam posisi menyerang. Apa yang kita serang adalah kebodohan, kejahatan dan kepalsuan yang menyebabkan penderitaan dan tragedi kemanusiaan. 

  • Keris melambangkan keberanian dilukis di cakar kiri dan obor yang melambangkan ilmu pengetahuan digenggam oleh cakar kanan adalah alat untuk menyerang kebodohan, kejahatan dan kepalsuan. Keberanian dan ilmu pengetahuan adalah kesatuan yang sempurna.

  • Semua lambang dalam perisai itu mengarah ke atas menghadap bendera bewarna putih pada bahagian atas perisai yang membawa doa Nabi dalam Al- Quran  "zidni Ilman" yang bermaksud tambahkan ilmu yang merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah Ta Ha: 20:114.

  • Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mengandungi gambar dan warna latar yang berlainan dan membawa maksud tertentu. Sebuah buku terletak di atas perisai ini.

  • Gambar yang didapati dalam petak-petak tersebut ialah seekor harimau bewarna kuning yang gagah sedang menyerang ke arah kanan berlatarkan warna merah. Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Kegagahan harimau mengambarkan kesediaan dan keupayaan UKM sentiasa bersedia untuk memerangi kejahilan, kejahatan dan kepalsuan.

  • Petak  sebelah kiri mengandungi simbol atom berlatarkan warna kuning.

  • Petak sebelah kanan mengandungi simbol teknologi berlatarkan warna biru. Simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara.

  • Petak sebelah bawah pula adalah sekuntum bunga raya berwarna merah berlatarkan warna putih. Bunga raya adalah bunga Kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan sentiasa di pelihara oleh rakyat Malaysia.

  • Buku pula melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan.

  • Perisai yang terdapat pada logo membawa erti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini.



Logo UKM 1972
  • Logo ini telah  mengalami transformasi, diperkemas dan disesuaikan dengan perubahan semasa. 
  • Logo rasmi UKM ini direkabentuk oleh Encik Mohd Aris Atan, Kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Merekabentuk Logo UKM pada tahun 1973. Canselor Pertama UKM, Tun Abdul Razak  bersetuju logo tersebut dipilih sebagai logo rasmi UKM, namun ada pindaan dilakukan bagi mencerminkan nilai kebangsaan yang luhur. Logo ini telah digunakan mulai 1973 sehingga 2000. Moto " Ilmu Memimpin" tertera di bawah logo.

Logo UKM 2000
  • Logo rasmi UKM kemudiaannya diperkemaskan oleh Encik Zulkifli Ibrahim, Pegawai Penerbitan UKM setelah dipersetujui oleh Tuanku Jaafar, Canselor kedua UKM. Ia dilancarkan  pada 29 Julai 2000 sempena sambutan 30 tahun UKM. Logo ini masih mengekalkan ciri-ciri asal. Pengubahsuaian yang dibuat ialah dengan meletakkan belang pada simbol harimau, tapak kaki harimau diubahsuai supaya nampak lebih kemas, garis birai logo dinipiskan dan tangkai bunga raya ditukar kepada warna hitam.  Moto "Ilmu Memimpin" ditiadakan.

Logo UKM 2010
  • Pada tahun 2010, logo rasmi UKM diperkemaskan lagi dengan meletakkan perkataan "Universiti Kebangsaan Malaysia" beserta perkataan inggeris "The National University of Malaysia" oleh Pusat Komunikasi Korporat setelah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Universiti.


 Sumber Rujukan:

Warisan Intelek UKM. Jilid 1. 2013

Biografi Rashdan Baba : Dari Menara Gading ke Mercu Korporat. 2004




No comments:

Post a Comment