Dr Mohd Faizal Musa

Tokoh "FBlive PATMA" Dampak Penulisan Kreatif VS Akademik - Dr Mohd Faizal Bin Musa

Mohd Faizal Musa (lahir 7 Ogos 1974) atau nama penanya Faisal Tehrani merupakan salah seorang penulis Malaysia. Disebabkan penulisan dan idea yang sering dilontarkan, beliau terkenal sebagai seorang yang bersifat kontroversi. Sasterawan Negara, A. Samad Said menyifatkan beliau sebagai "...suara ‘menentang’ yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya.”. Beliau memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sastera, termasuklah Anugerah Seni Negara pada 2006.

Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Batang Berjuntai sebelum berpindah ke Lombok ketika berusia 5 tahun dan ke Melaka ketika berumur 7 tahun. Mohd Faizal Musa mulai bersekolah di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato' Palembang. Faisal kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga dan berjaya mendapat keputusan SRP yang memuaskan. Sehubung dengan itu, beliau melanjutkan pembelajarannya di Kolej Islam Klang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Faisal sering menulis pengalaman remajanya secara bersisi dalam majalah Fokus SPM.

Mohd Faizal adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations[5]. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban[6]. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Seterusnya dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Topik Dampak Penulisan Kreatif VS Akademik

Sumber : 
  • Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Faizal_Musa
  • Facebook Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu

No comments:

Post a Comment