Thursday 16 December 2021

Alur Ilmu Sistem Saliran Air Kampus UKM

“Air yang mengalir di Alur Ilmu dibekalkan dari Hutan Simpan Kekal dan Hutan Pendidikan Alam UKM dan mengalir ke kawasan pembinaan fakulti-fakulti dan terus mengalir ke Sungai Langat, Selangor, Malaysia. Alur ini telah diubahsuai dengan simen konkrit berasaskan saliran semulajadi sejak pembinaan kompleks bangunan kampus UKM Bangi pada awal tahun 1970-an (rujuk Rajah 1).

Alur Ilmu dibina bertujuan untuk pengawalan aliran air hujan, air bawah tanah dan apa-apa bendalir dari kampus UKM Bangi (lingkungan pertama) terus ke Sungai Langat [11]. Walau bagaimanapun, jumlah hujan yang diterima dan proses hakisan dari kawasan hulu serta kesan pembinaan bangunan baru telah melumpuhkan perangkap sedimen sedia ada lalu mengubah nilai kualiti air dan corak luahan sedia ada. Di samping itu, apabila hujan, air larian permukaan berlaku dan membawa bahan-bahan mengalir ke saluran yang tersedia dan terus ke dalam Alur Ilmu. Sisa kumbahan dan air basuhan dari kafeteria juga didapati tersalur ke alur ini tanpa rawatan sebelum di lepaskan ke Sungai Langat.”

(Sumber: Haslinur Md Din, Mohd Ekhwan Toriman, Mazlin Mokhtar, Rahmah Elfithri, Nor Azlina Ab.Aziz, Nur Munirah Abdullah, Mohd Khairul Amri Kamarudin, 2012: |"KEPEKATAN BEBAN BAHAN PENCEMAR DI ALUR ILMU KAMPUS UKM BANGI: KAEDAH MIN KEPEKATAN PERISTIWA (EMC)").


Saturday 11 December 2021

Tan Sri Dato' Dr Awang Had Salleh

 


1.
 Kehidupan Peribadi
   
  Nama : Awang had bin Salleh
  Tarikh Lahir : 24 Jun 1934
  Tempat Lahir : Kg Bagan, Pulau Betong, Balik Pulau
      Pulau Pinang
  Keluarga : Berkahwin dengan Puan Sri Salmah Abu Bakar
      dan dikurniakan tujuh orang anak.
       
2. Pendidikan : - Sekolah Melayu Seberang Perak Laki - Laki, Alor Setar
      - Sekolah Melayu Sungai Korok Lama, Alor Setar
      - Sultan Abdul Hamid College
      - Berjaya menduduki peperiksaan Lower Certificate
        Education pada tahun 1956, Peperiksaan Federal
        of Malaya Certificate of Education tahun 1957 dan
        Peperiksaan Higher School Certificate Tahun 1959
      - Belajar sendiri untuk menduduki Peperiksaan LCE
        (akhir 1956), Peperiksaan MCE (akhir 1957) dan
        Peperiksaan HSC (akhir 1959)
      - Universiti Malaya (1961 - 1964)
      - Standford University (1969 - 1972)
        (Ph.D dalam Pendidikan dan Sosiologi)
       
3. Kerjaya : - Guru Pelatih (Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar,
        Kedah, 1950)
      - Guru (Sekolah Melayu Derga, Alor Setar,1954 - 1956)
      - Guru (Sultan Abdul Hamid College, 1957)
      - Penolong Pensyatah (Day Training Centre, Alor Setar)
      - Pensyarah (Maktab Bahasa)
      - Dekan Fakulti Pendidikan (Universiti Malaya)
      - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (Univesiti Malaya)
      - Pengarah ITM (1978 - 1980)
      - Naib Canselor (Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980 - 1984)
      - Naib Canselor (Univesiti Utara Malaysia, 1984 - 1989)
       
4. Sumbangan : - Penulisan Kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi, 1954-1990)
      - Penulis buku - buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah
        dan sekolah menengah.
      - Penulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam
        bidang pendidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan.
       
5. Anugerah / Darjah : - Johan Mangku Negara (JMN) (1976)
  Kebesaran   - Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) (1978)
      - Panglima Setia Mahkota (PSM) (1982)
      - Fellow ABE (UK) (1983)
      - HonLLB (Brock) (1986)
      - Distinguished Fellow ISIS (Malaysia (1990)
      - Hon DLitt (Kebangsaan) (1997)
      - Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia) (1997)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 1 Julai 2013
  Tempat Meninggal : Hospital Putrajaya
  Sebab - Sebab : Komplikasi Paru - Paru
  Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20
      Putrajaya
       
7. Maklumat Tambahan    

Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh memulakan pendidikan profesional beliau dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College pada 1951-1954 manakala pendidikan profesional kedua diperolehinya dengan mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Beliau turut menjadi tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Siri Kedua di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 Oktober 1998. Beliau meneruskan penglibatan dalam kegiatan kemasyarakatan selepas bersara antaranya menerajui Persatuan Suluh Budiman yang dianggotai sejak 1973 dan Persatuan Pendidikan Malaysia sejak 1975.

Sumber : 
Laman Web Arkib Negara Malaysia

Tan Sri Abdullah Mohd. Salleh






Tan Sri Abdullah Mohd. Salleh berasal dari negeri Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tinggi Melaka (Malacca High School). Selepas beliau lulus peperiksaan ‘School Certificate', Tan Sri Abdullah meneruskan persekolahannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar bagi persediaan masuk ke universiti. Pengalaman beliau di masa Perang Dunia Kedua telah menjadikan beliau seorang yang amat tabah dan cekal menghadapi cabaran. Dalam tahun 1950, beliau telah berjaya memasuki Universiti Malaya di Singapura dan berjaya memperoleh B. A. (Hons.) dalam tahun 1955.


Kerjayanya dalam bidang pentadbiran bermula apabila beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1955. Berikutnya dalam tahun 1956, Tan Sri Abdullah telah diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Officer) M.C.S (Malayan Civil Service) dan ditempatkan di Negeri Perak sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebagai seorang pentadbir sudah tentulah ada pihak yang memerhatikan kebolehan Tan Sri Abdullah menjalankan serta melaksanakan tugas-tugasnya. Kebolehan beliau ini telah menarik perhatian Pegawai-pegawai Kanan di Federal Establishment Office (FEO) yang telah memilih Tan Sri Abdullah sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1959. YTM Tunku telah memberikan masa percubaan  kepada beliau selama 6 bulan. Oleh kerana kegigihan, ketabahan serta kepandaian beliau menyesuaikan diri dengan tugas penting sebagai Setiausaha Sulit  kepada seorang Ketua Negara, Tan Sri Abdullah meneruskan khidmatnya dengan Perdana Menteri Pertama itu sehinggalah tahun 1962 apabila beliau diminta bertukar sebagai Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selama 5 tahun.

Pada tahun 1967 Tan Sri Abdullah telah ditukarkan semula ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Rendah Kabinet. Semasa memegang  jawatan ini pengalaman beliau sebagai seorang pentadbir semakin bertambah kerana beliau berhubung rapat dengan Perdana Menteri dan timbalannya. Berikutnya pada tahun 1972, beliau ditukarkan pula ke Kementerian Pertanian dan Perikanan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian sehingga tahun 1974. Disebabkan pengalaman Tan Sri Abdullah yang luas dalam bidang pentadbiran negara beliau telah ditugaskan pula sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1974. Kejayaannya terus menuju ke puncak pada tahun 1976 apabila Tan Sri Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Selain daripada menjalankan tugas sebagai pentadbir, Tan Sri Abdullah juga menjawat beberapa jawatan penting dalam badan kerajaan, sukan dan sukarela. Di antaranya termasuklah:-

  1. Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia;
  2. Naib Pengerusi, Kelab Golf Negara Subang;
  3. Presiden Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga; dan
  4. Presiden Persatuan Murid-murid Tua Malacca High School di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sebagai seorang pentadbir beliau telah menabur bakti terhadap negara dan bangsanya dan berpeluang berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri iaitu YTM Tunku Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak dan YAB Tun Hussein Onn. Pengalaman yang bermula di zaman mengatur semula pentadbiran negara selepas merdeka dan diikuti dengan zaman di mana tempoh pembangunan negara berubah dengan terbentuknya Dasar Ekonomi Baru telah memberi peluang kepada Tan Sri Abdullah untuk melengkapkan pengetahuan serta kematangannya dalam bidang pentadbiran. Pengalaman dan kematangan yang mencerminkan kebolehan serta kecekapan beliau sebagai seorang pentadbir menjadi asas bagi pelantikan beliau sebagai Pengerusi dan Ketua  Eksekutif PETRONAS pada 1 Januari 1979. Penglibatannya dalam bidang pentadbiran telah banyak membantu ke arah pembangunan negara dan di sepanjang penglibatannya itu, beliau dapat dianggap sebagai seorang yang berjaya dalam kerjayanya.

Jasa yang baik tetap dikenang dan dihargai. Begitunya juga di atas jasa yang telah ditaburkan oleh Tan Sri Abdullah kepada negara. Beliau  telah diberi penghormatan oleh negara dengan dianugerahkan pingat Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM) pada tahun 1974. Beliau juga telah dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam tahun 1977. Pada tahun 1980 Tan Sri Abdullah telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam tahun yang sama juga beliau telah dianugerahkan INTAN FELLOW oleh Institut Tadbiran Awam Negara. Seterusnya Tan Sri Abdullah telah dianugerahkan Pingat Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) pada tahun 1981.

Sumber : Laman Web Arkib Negara Malaysia

Prof. Emeritus Dato' Dr. Hood Salleh





  Prof. Dato' Dr. Hood Salleh dilahirkan pada 24 November 1942 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Anglo-Chinese School, Seremban dan King George Vth School, Seremban. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) di University of Western Australia pada tahun 1970; Postgraduate Diploma dalam bidang Antropologi Sosial di University Oxford (1971); Bachelor of Letters (1974) dan Ijazah Doktor Falsafah juga dari University Oxford pada tahun 1978.

   Beliau memulakan kerjaya sebagai tutor (1970-1972) di Jabatan Antropologi dan Soisologi; Pensyarah Antropologi Sosial (1973-1979); Profesor Bersekutu Antropologi Sosial (1980-1992); Profesor Antropologi Sosial (1993); Pengarah Bersekutu, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (1995-1997); Foundation Profesor Pengajian Melayu, Victoria University of Wellington, New Zealand dan Profesor/Fellow Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

   Beliau banyak melakukan penyelidikan berkaitan antropologi dan sosiologi seperti Continuities Between Malay Society and Other Indigenous Societies of the Malay Peninsular. Wider Ethnographic Issues on the Malay World; Indigenous People, in Relation to Land, Cultural Relation and Governance, Especially the Question of Modern Identity and Institution Building, With Special Reference to the Orang Asli of Malaysia and Bumiputra of Sarawak and Sabah; Mountains, Conservation and People. 

   Prof. Dato' Dr. Hood juga aktif menulis artikel dan dokumentari; antaranya adalah Ethno-Historical Perspectives and Social Change Among the Orang Asli : A Brief Overview, Jurnal Antropologi dan Sosiologi (1975); The Cultural Context of Semelai Trance, Federation Museums Journal (1979); Orang Asli Perceptions of the Malay World dalam Ilmu Masyarakat (1983); Buletin Kumpulan Pengajian Orang Asli, No.1 (1985); Dokumentari Video Kanaq of Malaysia (untuk Radio Televisyen Malaysia) (1986); Culture and Science of Mountains (2003) dan banyak lagi.

   Kecemerlangan dalam bidang penyelidikan telah membolehkan beliau menerima pelbagai anugerah iaitu Ford Foundation Southeast Asia Fellowship; Japan Society For the Promotion of Science (JSPS); Hitachi Scholarship Foundation (Komai Fellowship); Japan Ministry of Education Fellowship (Mombusho); Sumitomo Foundation.

Selain daripada itu, beliau merupakan konsultan kepada beberapa projek badan kerajaan dan swasta. Antaranya ialah Socio-Economic Study of Perak Hilir, Perak untuk EASAMS, England (1974); A socioeconomic study of the Hulu Nenggiri Dam Project, Kelantan untuk Lembaga Letrik Negara (1985); Ketua Projek bagi Penempatan Semula Orang Asli Sg. Temir, Raub ke Lembah Sg. Bilut, Raub, Pahang.

Sumber:
  • Laman Web Arkib Negara Malaysia

Friday 10 December 2021

Abu Zaki Fadzil

 LATAR BELAKANG

Allahyarham Abu Zaki Fadzil atau nama sebenarnya Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil dilahirkan pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. Beliau merupakan seorang penulis dan seorang pendakwah. Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun iaitu pada tahun 1980an. Beliau menetap di 101-B, Rumah Pagsa Jalan Sungai Baharu, Kampung Baharu, 50300 Kuala Lumpur. Abu Zaki Fadzil merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dari segi pedidikan, beliau telah mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kuah, Langkawi pada tahun 1930an. Seterusnya beliau mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Suka Menanti, Alor Setar dan tamat pada Darjah 5. Beliau juga telah mendapatkan pendidikan di Sekolah Arab Maktab Mahmud, Alor Setar.

KERJAYA

Abu Zaki Fadzil memulakan kerjayanya dengan menjadi seorang Guru Agama di Kedah selama satu tahun. Setelah itu, beliau menjadi Guru Agama di Singapura pada tahun 1950an. Disamping itu, beliau pernah menjadi seorang Pengarang di Penerbitan Melayu Raya di akhbar Melayu Raya. Beliau juga menjadi seorang pengarang di penerbitan HARMY yang menerbitkan majalah Mutiara dan Fesyen, Pengarang majalah hiburan di Singapura pada tahun 1950an, Pengarang di Ahmadiah Press, Majalah TUNAS - bahan bacaan kanak-kanak (1952-1956), Pengarang di Utusan Melayu, Kuala Lumpur (1956-1962) mengenai rencana agama, Pengarang Khas Berita Harian dan Berita Minggu dengan menulis mengenai soretan cerpen dengan nama pena DALI pada tahun 1960. 

Abu Zaki Fazil juga pernah menjadi seorang Pengurus Penerbitan Pustaka Menara iaitu menerbitkan novel dan buku agama. Selain itu, beliau juga menjadi seorang penulis forum rancangan agama terbitan RTM dan juga pengarang di Majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertemakan kisah-kisah Al-Quran. Pekerjaan yang dilakukan beliau sehingga bersara ialah menjadi Guru agama di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

KARYA

Selain terlibat di dalam bidang dakwah, Allahyarham juga melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan lebih dari 10 buah bahan penulisan yang merangkumi pelbagi jenis bahan penulisan antaranya Cerpen, Cerita Kanak-Kanak, Puisi, Esei dan penulisan umum. Salah satu judul penulisan beliau ialah Musnah di telan Laut, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 42 halaman. 

PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN

Allahyarham Abu Zaki Fadzil banyak melibatkan diri di dalam dunia dakwah. Beliau telah menubuhkan Persatuan Penulis iaitu Lembaga Pembangunan Bahasa Melayu Kedah (LPBM) di ketuai oleh Afrini Adham. Beliau juga telah melibatkan diri dalam penubuhan Kumpulan Budi Utama (Kebudayaan), menjadi AJK Agung Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiah Selangor di dalam Jawatankuasa Penerangan dan Jawatankuasa Pelajaran. Pada tahun 1972, Abu Zaki Fazil melibatkan diri di dalam Program Kursus Perkaderan Dakwahh Gelombang Pertama, dan pada tahun 1975 di dalam Program Kursus Perkaderan Gelombang Kedua serta Program Kursus Perkaderan Dakwah Gelombang Ketiga pada tahun 1978. Beliau juga pernah menjelajah Wilayah Persekutuan dan Selangor dan IPT untuk berceramah, forum dan seminar mengenai Islam. Allahyarham Abu Zaki Fadzil pernah memangku sebagi Ketua Penerangan Jam’iyah Malaysia dan terlibat dengan penubuhan Jam’iyah Malaysia yang dianggotai negeri Melaka, Perak, Selangor pada tahun 1970. Dalam tahun 1980an beliau tidak banyak terlibat dengan Jamiyah kerana keuzurannya. Beliau menghabiskan masanya dengan menjadi guru agama dan mengajar Al-Quran. Beliau juga telah menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) bersama rakan-rakan seperjuangannya. 

Melalui keluarga Allahyarham Abu Zaki Fadzil, meraka telah menyumbangkan koleksi bahan Allahyarham kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang untuk simpanan dan pemeliharaan. Koleksi yang diserahkan berjumlah 1,118 judul yang terdiri daripada buku-buku Arab dan Melayu dalam pelbagai bidang. Sebahagian kecil Koleksi adalah terdiri daripada jurnal-jurnal ilmiah dan majalah iaitu sebanyak 111 judul. Jurnal-jurnal ini adalah dalam bahasa Arab dan Melayu terutamanya mengenai Pengajian Islam. Bahan-bahan buku pula terdiri daripada bidang Pengajian Islam, bahasa Melayu, Bahasa dan Kesusateraan Melayu.


Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling

 

27336891_10155359233686295_7345099170418244522_n


Latar Belakang

Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling dilahirkan pada 15 Jun 1926 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Ann Salmiah Binti Abdul Majeed dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak mereka berjaya melanjut pelajran hingga ke menara gading dan telah mendapatkan kelulusan di dalam bidang Undang-undang.


Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan awal Dato’ Dr. Mohd. Noordin bermula di Sekolah Melayu Mersing, Johor Darul Takzim pada tahun 1932 sehingga 1934 dan bertukar sekolah ketika bapanya berkhidmat dengan Kerajaan pada tahun 1935 sehingga 1939  di sekolah Inggeris Kerajaan Segamat. Setelah bapanya bersara pada tahun 1939, beliau memasuki Sekolah Tuanku Muhammad pada bulan Mac 1939 sehingga lulus Darjah Lapan pada akhir tahun 1941.

Minatnya dalam bidang sukan membolehkan beliau dipilih untuk mewakili sekolah dan maktab dalam permainan hoki dan memain golf semenjak tahun 1955 dan ia merupakan hobi beliau sehingga kini, dimana beliau menjadi ahli Kelab Golf di Raja bertempat di Lake Club dan Turf Club, Selangor, Kuala Lumpur.


Pada tahun September 1945, belaiu telah memasuki Sekolah Tuanku Muhammad dan berjaya lulus di dalam peperiksaan Senior Cambridge pada akhir tahun 1946. Dalam bulan Mei 1947, belaiu bertolak ke Calcutta untuk melanjutkan perlajarannya dalam bidang Ilmu Haiwan. Sekembalinya ke tanah air pada bulan April 1950, beliau berkhidmat di Jabatan Haiwan Johor Darul Takzim. Minatnya yang mendalam untuk membaiki kerjayanya telah membuahkan kejayaan dengan beliau diterima masuk University of London untuk mengikuti kursus Ijazah selama lima tahun dibawah biasiswa Kerajaan Persekutuan. Dato’ Dr. Noordin juga telah mengikuti kursus Ijazah Lanjutan di University of Edinburgh, Scotland dan University of Toronto, Canada. 


Kerjaya

Pada masa pemerintahan Jepun, Dato’ Dr. Noordin telah berkhidmat dengan Jabatan Haiwan selama dua tahun. Dari masa ke semasa, beliau telah dinaikkan pangkat dalam Perkhidmatan Haiwan sehinggalah menjadi Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ternakan Negara sehingga pembubaran badan tersebut. Beliau juga pernah memangku jawatan Ketua Pengarah Tingkatan Tertinggi C mulai bulan Oktober 1973.


Pada tahun 1977, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi kelayakan Sains dan seterusnya menjadi Ahli Majlis Universiti Putra Malaysia. Dalam persaraanya, Dato’ Dr. Mohd Noordin menjadi Pengarah dua buah syarikat swasta, Naib Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan, Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Pesatuan Zaaba. Dari tahun 1988 sehingga 1993 menjadi Setiausaha Kehormat Persatuan Di Raja Asia Bahagian Malaysia, (MBRAS), tetapi kini menjadi ahli sahaja. Bagi menentukan bahawa beliau tidak ketinggalan dalam bidang pelajaran, beliau telah mengikuti kursus dari University of London sebagai penuntut luar dalam bidang Undang-Undang dan telah mendapat kelulusan LLB( Hons.).


Karya

Kebanyakan hasil penerbitan Dato’ Dr. Mohd. Noordin Hj. Keling adalah mengenai industri ternakan, haiwan, penyakit haiwan dan sebagainya. Ini telah dimuatkan dalam The Bulletin terbitan Kementerian Pertanian Malaysia, The Medical Journal of Malaysia dan Bulletin of Public Health Society dimana beliau merupakan pengarang bersama, kecuali Rabies in Malaysia dalam Bulletin of Public Health Society; Vol.8 1974 adalah hasil penulisannya secara individu. Beliau juga menulis kertas kerja yang dibentangkan di dalam simposium/persidangan.


Penglibatan dan Sumbangan.

Sebagai seorang bekas pelajar Sekolah Tuanku Muhammad, Dato’ Dr. Mohd. Noordin sentiasa mendampingi sekolahnya dalam banyak hal, samada dari segi kemajuan pelajaran sekolah atau menghulurkan derma demi kebaikan pelajar sekolah tersebut.

Sebagai seorang ahli profesional, beliau banyak menganggotai jawatnkuasa yang berkaitan dengan pendidikan dan kerjayanya. Kegiatannya dalam bidang politik dapat dilihat melalui penglibatannya sebagai Setiausaha Persatuan Pemuda UMNO Kuala Pilah pada bulan Oktober 1945 sehingga Mei 1947. Setelah itu, beliau menjadi ahli UMNO Cawangan Ibu Kota semenjak penubuhannya pada tahun 1971. Beliau juga menganggotai beberapa buah pertubuhan profesional dan persatuan, antaranya selaku Pengerusi, Pengetua Asas, Setiausaha dan sebagai ahli sahaja.

Atas jasa-jasa beliau kepada masyarakat dan negara, Dato’ Dr. Mohd Noordin dikurniakan Bintang Kemahkotaan Al-Sultan Kelantan (1961). Pingat Peringatan Malaysia Perak (1963), Pingat Seri Mahkota Kelantan (1963), Kesatria Mangku Negara (1971), Pingat Pekerti Terpilih(1976), Johan Mangku Negara (1979) dan Dato’ Setia Negeri Sembilan (1980).

Dato’ Dr. Mohd. Noordin Hj. Keling telah bermurah hati menyumabangkan kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebanyak 281 judul bahan yang merangkumi 249 judul buku dalam Bahasa Inggeris, 18 judul bahan dalam Bahasa Melayu dan 14 naskah jurnal. Bahan-bahan dari koleksi peribadi beliau ini merangkumi buku-buku mengenai sians politik, undang-undang, Pengajian Islam, Kemasyarakatan, Kesusateraan, Sukan dan Rekreasi yang diterbitkan di dalam dan luar negara.


Abdul Ghafar Ibrahim

 



Peneroka dan Pengasas Puisi Eksperimen Malaysia

Abdul Ghafar Ibrahim merupakan tokoh seniman yang sangat dikenali masyarakat Malaysia dan merupakan salah satu pencipta dan penyair terbaik. A.Ghafar dilahirkan di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor pada 31 Ogoas 1943. Abdul Ghafar Ibrahim merupakan anak kepada seorang pengembara iaitu Ibrahim bin Khatib Husin yang sering berulang-alik antara Semenyih, Singapura dan Sumatera. Ayahnya sering membuat berbagai-bagai pekerjaan, disamping bergiat di dalam bidang penulisan dengan memakai nama samaran “Arab Street” ketika menulis di ruangan pojok dalam akhbar Warta Malaysia Singapura pada tahun 1930-an. A.Ghafar banyak didedahkan oleh neneknya mengenai cerita-cerita penglipur lara dan hikayat-hikayat zaman dahulukala yang amat mengasyikkan. Kedua-dua faktor ini membenihkan minat beliau dalam dunia kesusateraan Melayu. Minat-minat ini dipertajamkan lagi oleh nyanyian-nyanyian puisi daripada kaba-kaba Minangkabau dan terutamanya daripada cerita-cerita Sabai Nan Aluih. Pelbagai acara atau majlis yang dijalankan suatu ketika dahulu yang mengalunkan dan mendendangkan puisi, qasidah dan berzanji yang telah mempesonakan kreativiti A.Ghafar. 

Nyatalah bahawa kehidupan kesenian di kampungnya amat mempengaruhi jiwa persajakan dan menjadikan beliau seorang seniman kesusateraan Melayu hingga zaman kini. Ini ditambah lagi dengan kegiatan Silat Pencak yang dipelajarinya dan kegiatan tarian piring, sebuah tarian asli yang diajar daripada generasi ke generasi.

Latar Belakang Pendidikan

1950-1962 

Ghafar Ibrahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah tiga di Sekolah Melayu Beranang, Selangor dari tahun 1950-1952. Kemudian beliau belajar sehingga darjah enam di Sekolah Rendah Inggeris, Semenyih, dari tahun 1953-1957. Beliau belajar di sekolah agama pada waktu petang di kampung dalam tahun 1956-1957. A.Ghafar lulus lower Certificate of Education di Kishan Dial School, Kuala Lumpur dalam tahun 1960. Kemudian beliau memperolehi Malaysian Certificate of Education di High School, Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1962.


1965-1972

Diterima masuk untuk menjalani latihan perguruan selama dua tahun di hujung minggu dan juga waktu cuti penggal persekolahan. Sewaktu menerima latihan perguruan beliau juga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah pada tahun 1965 dan di Sekolah Menengah Kulim, Kedah pada tahun 1966-1968 dan tahun 1970. Pada tahun 1968 beliau sekali lagi mengikuti kursus Pendidikan Seni Lukis di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun. Pada tahun 1972 beliau menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan.


1974-1977

Mengikuti Pendidikan Seni Halus di College of Visual and Performing Arts atas Bachelor of Fine Arts dari Northern Illinois University. Beliau juga mengambil Ijazah Master of Arts dari Eastern Illinois University, Charleston, Amerika Syarikat pada thaun 1977. Selama menuntut di kedua-dua universiti tersebut, beliau dihadiakan dalam pengecualian dalam membayar yuran pengajian.


Kerjaya 

Setelah tamat pengajian, A.Ghafar telah memulakan kerjayanya iaitu menjadi seorang pensyarah sambilan yang mengajar bidang grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara, Shah Alam (Oktober 1978-Disember 1979). Pada waktu yang sama, beliau juga mengajar seni lukis untuk pelajar tingkatan enam pada setiap hari Sabtu di Yayasan Anda, Kuala Lumpur. Pada bulan Januari 1980, A.Ghafar bertugas pula sebagai pensyarah pendidikan seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Setelah berkhidmat selama dua tahun 10 bulan di MPIK, beliau telah meletakkan jawatannya untuk berkhidmat sebagai pensyarah pendidikan di Pusat Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari November 1982 sehingga kini. 


Penglibatan Abdul Ghafar di dalam dunia Seni.

                         


Bakat yang dipendam oleh A.Ghafar sejak kecil telah dipamerkan di Akhbar Mingguan terbitan Utusan Melayu dengan menyiarkan tulisan A.Ghafar dalam bentuk berita, makalah dan hikayat sejak beliau berada di usia 13 tahun. Apabila meningkat dewasa, pelbagai penglibatan yang telah diceburi oleh Abdul Ghafar yang merupakan seorang karyawan dan seniman yang amat dikenali. Di dalam kegiatan penulisan, beliau pernah dilantik sebagai sidang pengarang majalah GATRA (sebuah persatuan penulis) di Kedah pada tahun 1967, 1968 dan 1970. Beliau pernah menjadi sidang pengarang majalah tahunan MPIK dalam tahun 1969 dan Asian Editor, untuk majalah New Poetry, iaitu Magazine of the Poetry Society of Australia dalam tahun 1974. 

Selain itu, belaiu sering dilantik menjadi hakim peraduan melukis poster, lukisan kanak-kanank, deklamasi sajak dan pada tahun 1985, A.Ghafar menjadi panel hakim di dalam bahagian puisi di dalam peraduan menulis puisi Selangor Darul Ehsan. Setelah beberapa penulisan yang dihasilkan dalam bentuk berita, beliau telah beralih kepada penulisan sajak. Kegiatan beliau dalam penulisan sajak di dalam beberapa tahun telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan konsep Tri-3V/3P pada tahun 1969 yang boleh diaplikasikan oleh penulis sajak dan juga penyair dan konsep ini mula diterbitkan ada tahun 1979. . Verbal- Vokal -Visual / Perkataan-Vokal - Penglihatan.

Penggunaan konsep 3V, telah memantapkan pembacaan puisi belaiu dan dipersembhkan dalam bentuk tariaan piring, bersilat dan teaterikal. Pada tahun 1974 dan 1975, beliau telah membuat persembahan membaca puisi secara perseorangan dan kumpulan di dalam dan luar negeri.

Hasil Karya Abdul Ghafar Ibrahim.

Abdul Ghafar telah menghasilkan pelbagai karya yang telah memberi impak kepada seluruh pembaca, penulis dan penyair terutamanya. Beliau telah menghasilkan penulisannya lebih dari 20 buku yang berkaitan puisi, sajak dan beberapa penulisan yang diterbitkan di akhbar. Daripada penceritaanya melalui tembual yang dijalankan oleh pihak ITBM tv, beliau memulakan penulisannya sejak dari tingkatan satu dan penulisannnya diterbitkan di akhbar Utusan Melayu, Sejak daripada itu, beliau banyak melibatkan aktiviti dari segi penulisan. Antara karya sulongnya ialah buku antologi yang berjudul Tan Sri Bulan (1973).

Antara bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan


Link bahan : http://b4ptsl.ukm.my/arkib/resultarkib.php




Mohd Safar Hashim

 


Latar Belakang

Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang. 

Pendidikan

Beliau memulakan persekolahan di St Mark's Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan selama 2 tahun. Pada tahun 1973, beliau telah memilih Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Komunikasi dek kerana minatnya yang terlalu dalam industri tersebut. Setelah 5 tahun berhempas pulas disana, beliau sekali lagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota pada tahun 1973 selama 3 tahun. Di peringkat kedoktoran, beliau memilih Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang komunikasi. 

Kerjaya 

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan di Bernama pada tahun 1969. Disana, beliau menjawat jawatan sebagai wartawan kadet. Posting terakhir adalah sebagai koresponden asing di Manila dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 2004, beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi tenaga pengajar, antara jawatan yang dijawat adalah Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Ketua Program Politik, Pendidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa di Institut Pengajian Asia Barat, UKM dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, UKM.

Karya

Selain bergelar warga pendidik, beliau juga melibatkan diri dalam bidang penulisan iaitu sebagai penulis dan penyunting. Antara penulisan beliau adalah Mahathir dan Akhbar, Mengenali Undang-Undang Media dan Siber, Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia dan lain- lain lagi. Selain menulis buku, beliau juga menulis beberapa buah artikel bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

Sumbangan 

Sehingga kini, Prof. Dr. Safar Hasim telah menerbitkan beberapa buah artikel dan panduan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya adalah:

  • Penulisan tesis gaya UKM
  • Nilai dan etnik Islam dalam komunikasi
  • Pembentukan majlis media: Pengalaman Malaysia

Pada tahun 2004, Prof. Dr. Safar Hasim telah menyumbangkan koleksi bacaanya pada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara bidang yang disumbangkan adalah bidang media dan komunikasi bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kini beliau sudahpun bersara dalam perkhidmatannya di UKM, namun jasanya amat besar di universiti ini. 


HAJI NIK MOHD MOHYIDDEEN WAN MUSA

 An old photo of a person

Description automatically generated 

Ahli organisasi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan bekas Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Latar belakang

Nama Allahyarham sebenar adalah Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Allahyarham dilahirkan pada 23 Oktober 1923. Allahayrham berketurunan ulama di Kelantan. Atas faktor ini, didikan agama yang diterima olehnya sangat kuat kerana dibesarkan dalam dalam sebuah keluarga ulama tersohor di negeri Kelantan di Lorong Semian, Jalan Merbau, dalam daerah Kubang Pasu iaitu 20 kilometer dan Pusat Bandar Kota Bharu, Kelantan. Lorong Semian terletak berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham meninggal dunia di usia 58 tahun pada 30 April 1981. Allahyarham menghembuskan nafas tenakhimya di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada jam 6.40 petang hari Khamis.

Latar Belakang Pendidikan

Allahyarham banyak mendalami bidang agama bersama ayahnya. Nik Mohd Mohyiddeen juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar di Sekolah Melayu Majlis Agama Islam di Bangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. 

Kerjaya

Allahyarham memulakan kerjayanaya seawal 23 tahun dalam bidang pendidikan. ada tahun 1946 iaitu selepas tamatnya perang dunia kedua beliau telah menubuhkan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Islah ataupun dikenali dengan nama Madrasah Islah. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Islah. Di sekolah inilah Nik Mohd Mohyiddeen menimba pengalaman pertama dalam kerjayanya sebagai seorang guru dan juga seorang pentadbir. Di sekolah, subjek yang diajarkan oleh Allahyarham adalah ilmu Tauhid dan ilmu Semantik.

Alahayrham juga pernah menjawat jawatan sebagai pensyarah di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor selama empat tahun dan kemudiannya diberi amanah untuk memangku jawatan Pengetua Kolej Islam Malaya selama 5 tahun iaitu bermula tahun 1959 hingga 1964. Pada tahun 1967 setelah Kolej Islam Malaya diambilalih oleh Kementerian Pelajaran dan ditukar taraf kepada sekolah menengah, Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Islam. 

Kemudiannya kolej mi dikenali dengan nama Kolej Islam Kelang. Beliau memegang jawatan tersebut selama lapan tahun iaitu bermula tahun 1967 hingga 1975. Sepanjang penglibatan Nik Mohd Mohyiddeen dalam dunia pendidikan, khususnya di Kolej Islam beliau telah berjaya melahirkan ramai anak didik yang dapat berbakti dan berjasa kepada kepada agama, bangsa dan negara. 

Beliau telah berjaya membina barisan pewaris dan pemimpin yang hebat. Merekalah benteng kukuh yang menjadi penggerak utama dakwah Islamiah di Malaysia. Pada tahun 1975 Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Palajaran Ugama Kementerian Pelajaran sekaligus menjadi orang pertama yang menjawat jawatan tersebut. Beliau telah diberikan amanah untuk mengurus pendidikan Islam di sekolah. Namun, tempoh beliau memegang jawatan tersebut tidak lama kerana pada 30 April 1981, Allahyarham telah meninggal dunia.

Karya

Selain bergelar seorang pendidik dan menjawat pelbagai jawatan, Allahyarham telah berjaya menghasilkan tiga buah buku iaitu dua buah buku teks dan sebuah buku soal jawab agama. Tujuan buku-buku mi dikarang adalah untuk membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku yang dihasilkan oleh Allahyarham adalah daripada himpunan nota yang beliau sampaikan di dalam bilik darjah. Manakala buku soal jawab agama pula adalah hasil daripada himpunan soalan yang dikemukakan kepada beliau dalam rancangan soal jawab agama di radio Bahagian Pelajaran Agama.

Pencapaian Hidup

Jasa dan sumbangan dalam negara amatlah besar terutamanya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jasa dan sumbangan beliau kepada negara amat besar terutamannya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Sepanjang perkhidmatannya di Kolej Islam, beliau telah berjaya melahirkan ramai anak murid yang terbilang. Selain itu juga beliau bergiat aktif dengan penglibatan dalam badan dakwah seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sebagai Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan lain-lain lagi. 

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar mi Nik Mohd Mohyiddeen telah dianugerahkan dengan beberapa pingat penghargaan dan pengiktirafan iaitu Darjah Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong pada 5 Jun 1963 dan Darjah Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1978. 

Sumbangan bahan sumbangan kepada perpustakaan

Kira-kira 800 buah buku bacaan Allahyarham telah disumbangkan kepada perpustakaan UKM dan disampaikan oleh balu Allahyarham, Puan Haji Zainab. Antara buku yang disumbangkan adalah dalam bidang antaranya Akidah, Fiqh, Semantik dan Tasawwur. 

 

Haji Said Ibrahim

 A person wearing glasses and smiling at the camera

Description automatically generated

Haji Said Ibrahim


Latar belakang

Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan keintelektualan beliau amat terserlah sehingga dilantik menjawat beberapa jawatan penting dalam institusi pentadbiran Islam. Beliau dilahirkan pada di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923. Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid.

Latar Belakang Pendidikan

Allahyarham pada awalnya mendapat pendidikan di Indonesia setelah belayar ke Jambi untuk menuntut ilmu secara rasmi di sana iaitu di Pesantren Jambi, Sumatera. Beliau telah belajar dan memilih bidang perundangan Islam yang merupakan minat beliau yang mendalam sejak kecil lagi.Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Mekah setelah beberapa tahun mendapat pendidikan di Jambi. Semasa di Mekah, pendidikan yang diterima adalah secara tidak rasmi. Ilmu-ilmu islam yang telah dipelajari adalah ilmu tafsir al-Quran, ilmu hadith dan cabangnya, ilmu fiqh dari pelbagai mazhab, usul fiqh dan kaedah-kaedahnya. 


Latar Belakang Kerjaya

Seusai tamat pendidikan Allahyarham di Indonesia, Allahyarham pulang semula ke tanah air untuk menjadi seorang guru agama di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama ISlam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968.

Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei. Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. 

Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 

Karya

Selain mengajar, Allahyarham juga melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih dari 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, 'aqidah dan lain-lain hal yang dihadapi oleh umat Islam. Selain tulisan berbentuk buku, beliau telah juga menghasilkan 32 kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang tidak sedikit artikel dalam majalah-majalah agama seperti al-Islam, Dakwah, Roh Islam, Sinaran al-Quran dan Tamadun. 

Sumbangan bahan kepada Perpustakaan UKM

Keluarga Allahyarham telah menyumbangan bahan bacaan sepanjang hayatnya kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 23 Julai 2003. Sebanyak 205 judul bahan yang disumbangkan kepada pihak perpustakaan termasuk buku dan majalah yang terdiri daripada bidang iaitu Sejarah Islam, Fiqh, dan Akidah. Sebanyak 12 buku penulisan Allahyarham turut disumbangkan di perpustakaan ini. Sehingga kini, buku sumbangan Allahyarham diletakkan di Koleksi Arkib dan Khas.


Ahmad Nikmat Harun

 An old photo of a person

Description automatically generated

Latar belakang
Allahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika Syarikat.
Pendidikan
Seperti ayahnya, Allahyarham juga mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang kesusasteraan. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Nanyang, Singapura dalam jurusan Sastera. Allahyarham menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Boston, Amerika Syarikat dan menjawat jawatan sebagai salah seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar Luar Negeri.
Kerjaya
Kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai wartawan Berita Harian/Berita Minggu. Banyak penulisan Allahyarham menyentuh mengenai isu yang melanda bangsa Melayu dan mengkritik mengenai penulis- penulis di rubkrik akhbar Berita Minggu. Antara penulisan beliau adalah “Kegemaran yang tandus akibat ada penulis semi-veteran” dalam Berita Harian. 
Pencapaian Hidup
Kejayaan yang pernah dicapai oleh Allahyarham adalah apabila muncul sebagai juara dalam peraduan koleksi buku yang dinamakan Peraduan Koleksi Buku Lawrence G. Blackmon dimana program tersebut mendapat tajaan sepenuhnya dari perpustakaan Universiti Boston dan telah memenangi wang tunai sebanyak AS$400 (RM1645.80). Ahmad Hikmat Harun layak memenangi tempat pertama dek kerana Allahyarham menyimpan buku koleksi yang ditulis oleh penulis Barat sekitar abad ke 19 dan 20 mengenai rumpun Melayu. 
Sumbangan Bahan 
Pada 20 Disember 1989 iaitu setahun selepas kematian Allahyarham, keluarganya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian dari koleksi pembacaan Allahyarham sepanjang kehidupannya kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 240 judul naskah disumbangkan dan kini diletakkan di Unit Arkib dan Koleksi Khas, aras 6 bagi tujuan rujukan dan penyelidikan oleh para pelajar universiti, pensyarah dan masyarakat am secara khususnya. Keseluruhan naskah adalah dalam bentuk buku dan jurnal berkaitan dengan bidang teknologi, silang budaya, sosiobudaya, sejarah dan lain-lain. 


Penyumbang Koleksi Peribadi

Koleksi Sumbangan (Peribadi) terdiri daripada koleksi peribadi milik tokoh-tokoh tempatan dan luar negara yang bersesuaian dengan program akademik UKM. 

Koleksi ini telah disumbangkan kepada perpustakaan untuk rujukan penyelidik. 

Tokoh Penyumbang adalah :

Mercu Tanda UKM

 Mercu Tanda mengandungi maklumat tentang tempat-tempat bersejarah UKM.

Dewan Canselor Tun Abdul Razak

 Sejarah Pembinaan & Perasmian Dewan Canselor Tun Abdul Razak


 

Dectar Tahun 2021


Dectar Tahun 1979


Kontraktor Utama       :    Syarikat Pembangunan Mars Sdn. Bhd.

Tarikh Mula                :    21hb. Jun 1976

Tarikh Siap Sebenar    :    28hb. November 1978

Harga Kontrak            :    RM6,922,821.57

Harga Sebenar            :    RM7,768,383.54

Keluasan Lantai        :    153,450 kaki persegi

Kemudahan Yang Terdapat    :

  • Dewan Besar (memuatkan 4,000 orang)
  • Panggung Experiment (memuatkan 600 orang)
  • Ruang Pejabat
  • Bilangan Tempat Letak Kereta : 31
Sekitar Gambar  Pembinaan Dewan 




Penamaan Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM




Rujukan:
  1. Senarai projek-projek utama yang telah dibina atau di dalam peringkat pelaksanaan. Dis1982
  2. Warisan harta intelek UKM. 2013

Page settings Options

 Dewan Canselor Tun Abdul Razak