Wednesday 30 November 2022

Hukum Perkapalan Wilayah Perairan Kerajaan Acheh

Ilmu Pustaka Watan Menerusi Manusrip Melayu: Hukum Perkapalan Wilayah Perairan Kerajaan Acheh : Satu Instisari



Wilayah Acheh merupakan daerah yang terletak di kedudukan paling Barat gugusan kepulauan Nusantara, kedudukannya sebagai pintu gerbang lalu lintas perniagaan dan kebudayaan yang menghubungkan Timur dan Barat sejak berabad-abad lampau. Wilayah ini sering disebut-sebut sebagai tempat persinggahan para pedagang Cina, Eropah, India dan Arab, sehingga menjadikan daerah Acheh yang pertama masuknya budaya dan agama di Nusantara. Pada abad ke-7 para pedagang India memperkenalkan agama Hindu dan Budha. Namun peranan Acheh menonjol seiiring dengan berkembangnya agama Islam di daerah ini, yang diperkenalkan oleh pedagang Gujarat dari Arab menjelang abad ke-9 hinggalah ia mendapat jolokan Seuramoe Mekah (Serambi Mekah). 

Oleh kerana lokasi pelabuhan Acheh yang strategik dan menjadi mata tumpuan kuasa besar tamadun dunia. Kerajaan ketika itu mengambil inisiatif membangunkan kanun undang-undang / peraturan sebagai panduan tadbir urus wilayah.

Manuksrip 11 ini mengandungi peraturan dan hukuman khusus yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menjaga keselamatan di perairan kerajaan Acheh daripada sebarang ancaman musuh dan seterusnya memelihara kemakmuran wilayah tersebut.

Fasal bab menjelaskan, bagi kapal-kapal asing yang ditimpa musibah ketika belayar atau melalui perairan Acheh. Terdapat pasukan khas yang dilantik bagi menjaga keselamatan perairan Acheh. Sebarang kecelakaan kapal seperti dilambung ombak besar atau terkena batu karang sehingga kapal tersebut pecah, Mereka akan dibantu segera oleh pasukan Kanun Safinah. Siapakah Kanun Safinah?. Mereka adalah Kapal Pengawal Kerajaan Laut Acheh yang terdiri daripada Amirul Bahr, Laksamana dan anak-anak Kapal Perang Acheh. Bantuan yang akan dihulurkan adalah;

Kapal-kapal mereka akan dijaga daripada diambil atau diceroboh oleh orang luar bahkan barang-barang bawaan akan didaftarkan jumlahnya bagi mengelak berlaku kecurian.

Jika kapal mereka rosak, akan dibaiki kerosakan oleh Laksamana dan Amirul Bahr

Anak-anak kapal pula akan dibawa ke Kota Musafir, Kuala Acheh. Mereka akan diberi rawatan dan makanan yang baik. Bagi yang sakit akan dijaga hingga sembuh sepenuhnya manakala yang sihat akan diberi tempat tinggal sementara di rumah seribu iaitu tempat tinggal askar.

Jika ada anak-anak kapal yang terkorban, mayat orang Islam akan diuruskan pengkebumian dengan cara Islam, orang kafir pula dikebumikan dengan cara mereka tersendiri.

Barang-barang @ harta anak kapal pula akan dijaga dengan sebaiknya dibawah tanggungjawab Bendahara dan Laksamana.

Jika pihak berkuasa mendapati rakyat Acheh mencuri atau menyembunyikan barang orang lain seperti barang kapal karam, barang tersebut akan dirampas semula bahkan mereka akan dikenakan sanksi iaitu ;

Sebatan 25 kali dengan rotan;

Denda 3 tahil dan

Dikurung 5 bulan dalam pageue 

Selain itu, dalam fasal bab 75 nombor 9 pula menjelaskan sekiranya peniaga atau nakhoda kapal memahalkan harga makanan atau menyembunyikan makanan yang diperlukan rakyat, mereka akan dikenakan hukuman iaitu dikurung dalam pageue selama 1 tahun 6 bulan atau denda 30 setahil. Tetapi sekiranya mereka adalah saudagar atau nakhoda atau Menteri Qirzah, surat berniaga mereka akan ditarik dan jawatan menteri akan dilucutkan bahkan mereka akan dijatuhkan hukuman iaitu denda 50 tahil dan dikurung selama 2 tahun. 

Bagi hukuman berkaitan jenayah opium pula; Sekiranya didapati saudagar Acheh atau saudagar Hindi yang membawa masuk opium ke wilayah Acheh tanpa kebenaran kerajaan, mereka akan dikenakan denda bayaran harga asal opium dan didenda sebanyak 70 tahil serta dikurung selama 7 bulan. Hukuman ini berbeza pula dengan hukuman terhadap penagih atau orang yang makan opium iaitu mereka akan dikenakan  sebatan sebanyak 35 kali rotan disebabkan jenayah menagih opium yang mereka lakukan. 

Glosari / Daftar Kata ;
Kanun Safinah ; Kapal Pengawal Kerajaan Laut Acheh
Amirul Bahr ; Kapten
Rumah seribu ; Tempat tinggal askar
Sanksi ; Hukuman
Pageue ; Pagar 
Tahil ; sukatan penimbang emas ; enam belas tahil bersamaan satu kati
Opium ; candu/ganja

Nota: Intisari ini adalah hasil transliterasi daripada Manuskrip 11:  Hukum Perkapalan Wilayah Perairan Kerajaan Acheh, Manuskrip ini ditempatkan di Unit Arkib & Koleksi Khas, PTSL

Thursday 24 November 2022

Falsafah UKM

 Falsafah universiti telah digubal ungkapannya sesuai dengan sejarah, matlamat dan hasrat penubuhan universiti. Mesyuarat Senat 75/78 telah membincangkan satu ungkapan asal falsafah UKM iaitu;

 “Kombinasi antara teori dan amal, ilmu dan iman adalah menjadi teras bagi proses pembinaan generasi terpelajar dan bertanggungjawab yang akan membina negara dan menegak bangsa”

 Selanjutnya dalam Mesyuarat Khas Senat ke-25 pada 24 Julai 1978 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman dengan ahlinya iaitu Dr. Yusuf bin Noor, Dr. M. Zawawi bin Ismail dan Hairi bin Abdullah telah membincangkan semula soal falsafah UKM. Lanjutan itu, kenyataan falsafah tersebut telah dipinda menjadi seperti;

“Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” 


Sumber: Shaharir Mohamad Zain (sunt.), 1994, Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia: Tafsiran dan Penghayatan, Penerbit UKM.


Perkembangan ICT Perpustakaan

Sejarah Perkembangan ICT Perpustakaan UKM.

Sistem Perpustakaan UKM
1) Katalog kad
2) Katalog mikrofis
3) Sistem  berkomputer 

Pada awal pembukaan perpustakaan UKM, sistem yang digunakan untuk mengkatalog dan meminjam bahan ialah  penggunaaan kad katalog dimana maklumat bibliografi bahan dimasukkan kedalam kad tersebut.


(Kad Katalog)

Pada fasa kedua pula kad mikrofis digunakan untuk mengkatalog bahan-bahan dalam bentuk mikrofis.


(Kad Mikrofis)

Pada tahun 1990 bermulalah era baru sistem pengkatalogan di Perpustakaan UKM apabila Perisian dobis libis yang diperolehi telah diubahsuai mengikut kesesuaian. Perlaksaan sistem ini telah menggantikan penggunaan kad catalog & kad katalog mikrofis yang digunakan sebelum ini.

(Sistem Dobis Libis)

Pada  pada pertengahan tahun 1999, Perpustakaan UKM berhijrah ke Sistem Perpustakaan Bersepadu VIRTUA. Sistem Virtua boleh diakses melalui client dan web. Sistem ini memberi peluang kepada pelanggan perpustakaan untuk mengakses bahan-bahan di perpustakaan UKM dari luar perpustakaan.


Pendigitan Perpustakaan UKM

Sejarah awal pembinaan perpustakaan digital di Perpustakaan UKM  (PDUKM) bermula dari pembinaan pangkalan data dalaman. Pada tahun 1992, Pangkalan data dalaman dibangunkan dengan menggunakan perkakasan dan perisian mikrokomputer iaitu CDS/ISIS. CDS/ISIS adalah perisian yang diedarkan secara percuma oleh pihak UNESCO. Selain dari itu, perisian Folioviews juga telah digunakan untuk membina pangkalan data dalaman. 

Pada tahun 2002, Perpustakaan membeli  suatu sistem yang boleh menguruskan kandungan digital hak cipta yang dipanggil sebagai Content Manager (CM) dari IBM sebagai satu platform untuk menguruskan bahan/koleksi  dalam bentuk digital dan boleh diakses secara dalam talian. Rekod-rekod pangkalan data dalaman yang dibangunkan sebelum ini dari perisian CDS-ISIS dan Folioviews telah dipindahkan ke sistem CM.


                                                       (Koleksi Digital UKM/Content Manager)


Portal E-Jurnal

Perpustakaan UKM telah menggunakan ezproxy untuk membolehkan pelanggan mengakses pengkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan. Sistem ini mula digunakan pada tahun 2006. Melalui Ejournal Portal pengguna boleh mengaakses PDT samaada di dalam atau dari luar kampus dengan menggunakan ID & PW.





E-Rep

Pada tahun 2008 pula, Pusat Teknologi Maklumat UKM telah membangunkan Sistem e-Repositori Penerbitan (eReP) untuk digunakan oleh warga UKM mendaftarkan penerbitan mereka. Sistem eReP ini dipertanggungjawabkan kepada Perpustakaan sebagai tuan punya sistem. Sebagai tuan punya sistem eReP, Perpustakaan bertangunggungjawab mengesahkan semua penerbitan yang didaftarkan.





RFID

RFID telah mula dilaksanakan di perpustakaan pada tahun 2007. Sistem RFID ini telah dilaksanakan secara berperingkat. Perkakasan RFID dibeli daripada Syarikat PV Supa dari Finland.

Sistem RFID telah dilaksanakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan  Pusat Perubatan UKM dan Perpustakaan Doktor Abdul Latif.  Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan mesin pinjaman layan diri dan mesin pemulangan layan diri.



(Mesin Pemulangan Layan Diri)



                     (Mesin Pinjaman Layan Diri)                                  


      (Sorter Bin Pemulangan Layan Diri)


Tuesday 8 November 2022

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM pertama di Malaysia



Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM merupakan hospital pintar pakar kanak-kanak pertama di Malaysia.


Hospital ini sangat istimewa kerana perjalanannya tidak sama dengan hospital-hospital yang lain.

Semasa COVID-19 melanda negara, hospital ini telah berubah fungsi menjadi hospital COVID-19. Transformasi ini dilihat sebagai satu penghormatan kepada UKM yang telah diberi kepercayaan untuk membantu negara di saat masyarakat dilanda kesusahan.

Proses pengadaptasian sebuah hospital yang pada asalnya diwujudkan khusus untuk kanak-kanak kepada sebuah hospital yang memfokuskan kepada rawatan dan pemulihan pesakit COVID-19 semestinya memberikan cabaran yang agak besar kepada semua warga UKM. Namun, kita telah berjaya melaksanakannya!

Kemudian, pada 1 Mac 2022 pula, hospital ini telah dimasyhurkan sebagai Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani oleh Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tuanku Canselor UKM.


Perasmian HPPK pada 1 Mac 2023


Kini,  hospital yang menjadi kebanggaan seluruh warga UKM ini kembali kepada fungsi asalnya sebagai hospital pakar kanak-kanak Malaysia.

Perpustakaan HPPK pula mula dibuka kepada pelanggan pada 1 Ogos 2023. 



Sunday 6 November 2022

Arena Sukan Azman Hashim UKM


Arena Sukan Azman Hashim UKM yang dahulu dikenali sebagai Pavilion UKM menjadi mercu kebanggaan warga UKM Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM. Arena Sukan ini adalah padang bolasepak sintetik berkualiti tinggi yang mula digunakan pada Julai 2022. Arena sukan ini dilengkapi dengan sebuah gimnasium, kafeteria dan bilik seminar.


Padang Pavilion UKM sebelum diubahsuai menjadi Arena Sukan Azman Hashim



Selain menyediakan kemudahan sukan untuk warganya, arena ini juga menjadi sumber penjanaan kepada UKM bagi membangun kecemerlangan sukan pelajar, penambahbaikan fasiliti sukan dan membantu pelajar dari aspek kebajikan.

Padang bolasepak sintetik adalah padang yang dibina menggunakan jenis rumput tiruan (afticial turf) yang dihasilkan menggunakan getah khusus bagi menggantikan permukaan padang rumput asli. Fizikal padang sintetik akan tahan lebih lama dan sangat lasak.




Pembinaannya yang bermula pada Mac 2022 merupakan endowmen dari Yayasan Tan Sri Azman Hashim bernilai RM 3.26 Juta.

Pelancaran rasmi Arena Sukan Azman Hashim UKM ada 15 Julai 2022 yang dirasmikan YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.
Majlis ini secara rasminya menandakan pelancaran pengoperasian Arena Sukan Azman Hashim UKM untuk dibuka kepada semua warga UKM dan para penduduk di sekitar Bangi yang berminat untuk menjalankan aktiviti sukan di sini.



Perasmian Arena Sukan Azman Hashim UKM


.





Penyerahan Sijil Pemilikan Kenderaan & Kunci Kereta Polis UKM.

Satu sesi serahan kereta peronda polis bantuan UKM telah berjaya diadakan pada 30 Sept 2022 bertempat di Persada Canselori.
Serahan dua buah kereta Proton Saga tersebut dijayakan menerusi simbolik penyerahan replika kunci kenderaan daripada Prof Dato Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor kepada Mejar (Bersara) Dato Asri Ahmad, Pengarah Keselamatan sambil disaksikan oleh pengurusan tertinggi UKM
.
Bahagian keselamatan UKM menerima dua buah kereta peronda polis bantuan yang ditaja oleh UKM Shape. Yayasan Canselor turut menyumbang menerusi tajaan no pendaftaran khas UKM.
Sumbangan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada pasukan keselamatan UKM bagi menjaga ketenteraman dan keamanan kampus tercinta.
Prakarsa ini juga dilihat sejajar dengan amanat Naib Canselor UKM pada awal tahun ini yang memaklumkan bahawa peranan bahagian keselamatan perlu diperkasakan.

Seramai 5 orang anggota keselamatan UKM menjadi perintis kepada projek polis bantuan apabila mereka terpilih bagi menjalani latihan polis bantuan bertempat di Kem PGA Ulu Kinta selama 2 bulan bermula September hingga November 2022.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Pro NC Jana, Pengarah UKM SHAPE, Pengarah Yayasan Canselor dan pegawai kanan universiti. 




Pengurusan Tertinggi UKM bergambar bersama Kereta Polis UKM