Wednesday 19 July 2023

Program MOU bersama Akademi Jawi Malaysia


Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Akademi Jawi Malaysia  untuk tempoh 5 tahun bermula 15 Feb 2023 hingga 14 Feb 2023.  Fakulti Pengajian Islam merupakan institusi yang bertanggungjawab menguruskan kolaborasi ini.  Antara bentuk kolaborasi yang dipersetujui merangkumi penyelidikan, pelatihan dan pembangunan modal insan, perundingan dan penerbitan.



Rentetan itu, pada 11April 2023, satu Bengkel Pelan Tindakan Kerjasama Awal antara wakil-wakil daripada kedua agensi telah diadakan. Mereka yang terlibat adalah Puan Azmah Ishah, En Hazmir Hj Zainal, Encik Mohd Yazid Sabtu, Cik Ruzita Kamis, Pn Maslia Manshor(PTSL), Dr Wan Haslan Khairuddin (FPI), dan wakil dari Akademi Jawi Malaysia. 

Hasil bengkel tersebut, satu pelan telah dirangka antaranya yang akan diusahakan adalah ;

  • Content curation bagi bahan Arkib dan Koleksi Khas perpustakaan
  • Latihan / khidmat nasihat Perumian Jawi Lama daripada koleksi manuskrip dan naskah penerbitan dalam tulisan jawi seperti buku atau majalah lama
  • Khidmat nasihat berkaitan pengurusan pameran (content curation) bagi bahan Arkib dan Koleksi Khas perpustakaan 
  • Penerbitan semula bahan langka / klasik dalam format digital termasuk dalam bentuk podcast jurnal 

Pada 21-22 Jun 2023, Arkib & Koleksi Khas bersama Akademi Jawi Malaysia telah menganjurkan Bengkel Kefasihan Jawi kepada warga Perpustakaan UKM. Seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel ini.  

Program ini bertujuan mendidik warga perpustakaan; 

1) Mengenalpasti kandungan dan bahan Jawi di Perpustakaan Tun Sri Lanang 
2) Mengetahui pengurusan ma‘lumat berkaitan bahan-bahan Jawi. 
3) Menguasai kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan bahan-bahan Jawi.

Bengkel ini disampaikan oleh Encik Muhammad Syukri bin Rosli,  Pengarah Ahli Lembaga Pengarah, Akademi Jawi Malaysia.


Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan Sejarah dan Falsafah Dasar Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi, Pengenalan Persuratan Jawi: Sha‘ir, Warqah dan Kitab dan Pengenalan Asasi Bahasa Jawi: Huruf, Ejaan & Tanggaman Jawi.


Peserta juga diberi peluang membuat Pengkatalogan Ringkas dan membuat ‘Amali Pembacaan Naskhah Jawi Koleksi Harun Aminurrashid. Boleh dikatakan semua peserta teruja dapat memegang dan membaca naskhah jawi klasik milik sasterawan rakyat ini.




Di akhir bengkel, peserta diberi peluang memberi idea bagi memperkasakan koleksi jawi ini di PTSL. Antara cadangan menarik yang diutarakan adalah menganjurkan pertandingan jawi challenge, menerbitkan semula hasil karya jawi dalam pelbagai format seperti rakaman video, teater dan sebagainya. Juga dicadangkan mempergiatkan promosi kepada warga perpustakaan dan pelanggan.

Semoga usaha murni dalam mengenengahkan koleksi jawi ini diterima oleh Allah dan diterima sebagai amal jariah oleh-Nya.

Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Perpustakaan UKM

 


Program Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Perpustakaan UKM 2023, 15-16 Jun 2023, anjuran Unit Arkib & Koleksi Khas. Pelbagai program menarik dianjurkan seperti pameran Koleksi Jawi Pak Har, Pertandingan Baca & Ulas Naskhah Jawi Klasik, Kempen Derma Koleksi Arkib & Muzium dan Bicara Arkib.




Pameran Koleksi Jawi Pak Har atau Harun Aminurrashid ini berlangsung secara fizikal dan maya bermula Jun-Julai 2023.

Antara karya yang ditonjolkan dalam pameran ini ialah ;

  • Hikayat pelayaran Gulliver ke Pulau Liliput
  • Hikayat setia asyik kepada ma'syuk (Faridah Hanom)
  • Cerita Sherlock Holmes
  • Cerita Ibu Rokumbul
  • Syair Siti Zubaidah Perang Cina
  • Syair unggas adanya
  • Syair Haris Fadhilah adanya
  • Syair cendawan putih adanya
  • Puteri Gunung Ledang
  • Cerita terung pipit
  • Singapura di malam hari
  • Digila bantal pelok
Pameran secara fizikal telah berlangsung di aras 4, PTSL, manakala pameran secara maya adalah di link  : https://sites.google.com/ukm.edu.my/perpustakaan-ukm/home



  



Pertandingan Baca & Ulas Naskhah Jawi Klasik  diadakan pada 21 Jun 2023 - 26 Jun 2023. Pertandingan ini disertai  seramai 7 orang peserta ;  (3 orang staf UKM),  (1 orang pelajar UKM), (1 orang pelajar UITM) dan (1 orang luar UKM). 



Kempen Derma Koleksi Arkib & Muzium  - Satu usaha untuk mengumpulkan koleksi Arkib dan memperkasakan Arkib sebagai Institusi Pengurus Memori Korporat Universiti. Hebahan derma koleksi ini dibuat melalui saluran konvensional dan media sosial.


Individu yang berminat menyumbang koleksi peribadinya boleh hubungi kami, KAMI AKAN HUBUNGI ANDA SEGERA....💕💕💕








Tuesday 18 July 2023

Rakaman Sejarah Penamaan Perpustakaan Tun Seri Lanang Bersama Dr. Shafiee Abu Bakar



Pada 17 Julai 2023, kami warga kerja Arkib ke rumah Dr. Shafiee Abu Bakar bagi menemubual asal usul penamaan perpustakaan UKM sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang . 

Dr. Shafiee adalah Alumi Pertama UKM . Beliau dilahirkan pada 27 Mei 1942. Beliau memperoleh Ijazah  Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) (1970-1974), Ijazah Sarjana Persuratan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah UKM (1991).

Oleh kerana beliau bersama 20 orang rakan lain yang terawal menyambung pengajian di UKM, mereka umpama anak angkat kepada universiti ini. Setiap aktiviti UKM, mereka dibawa bersama. Hubungan mereka sangat rapat bersama pihak pengurusan UKM.

Sesi kunjungan ini, kami memperoleh juga foto lama milik tokoh ternama ini.


Warga kerja Arkib memilih Koleksi Foto yang boleh disimpan sebagai Memori Korporat Universiti


Sesi penyerahan sumbangan koleksi kepada PTSL