Tuesday 27 December 2022

Artifak Perpustakaan UKM

 


1.       3M Model 955 BookCheck Library Tattle-Tape Verifier Anti-theft Device

Model ini digunakan untuk aktifkan peranti keselamatan Tattle Tape pada buku atau item lain sebelum terwujudnya RFID di perpustakaan



1.       Alat Baca Microfis

Pembaca mikrofis berfungsi seperti kaca pembesar. Pustakawan memindahkan lembar gambar sehingga gambar atau scene yang pustakawan inginkan ditampilkan di layar. Gambar yang diperbesar ditampilkan dalam format yang dapat dibaca dalam skala dengan dokumen asli





 

1.   Mesin Tampal Nombor Panggilan Journal

Mesin tampal nombor panggilan dikawal secara elektronik dan mudah untuk dikendalikan,  menjimatkan masa pustakawan menggunakan latihan operator. Mesin ini digunakan untuk membuat label nombor panggilan pada jurnal dan dipotong secara manual.

 


1.       Temporal Bone Holder ( Dr. Balwat Singh Gendah )

Temporal Bone Holder merupakan alat hasil buatan daripada bekas pensyarah UKM iaitu Dr. Balwat Singh Gendeh. Artifak ini merupakan alat penting untuk makmal tulang temporal dan juga bagi kemudahan pengajaran. Serampang tajam berfungsi sebagai pencengkam kuat dan mempunyai tapak yang berat untuk membantu memberi kestabilan pada alat tersebut.


                                                  

2.       Microline 391 Turbo

Ianya digunakan untuk mencetak dokumen yang terdapat di dalam perpustakaan.

                                                  


3.       Data logger

Data logger merupakan alat bacaan ukur suhu yang memantau dan merekod parameter persekitaran perpustakaan secara automatik dari semasa ke semasa. Hal ini kerana bahan arkib atau bahan perpustakaan amat sensitif dengan persekitaran maka alat ini membantu mengawal kelembapan bahan tersebut.

                                                           

4.       Thinkpad

Thinkpad merupakan komputer riba pertama yang digunakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pustakawan pada waktu itu menggunakan thinkpad ini untuk melakukan tugas seharian seperti memasukkan data perpustakaan.

                       


5.       Pemampat buku

Ia digunakan untuk memampatkan buku yang telah dijilid di perpustakaan dan membantu untuk mengeluarkan lebihan udara yang terdapat pada helaian buku tersebut.

                     


6.       Invisible index

Visible Index digunakan untuk menyimpan senarai jurnal yang terdapat di perpustakaan. Selain itu, visible index juga berfungsi untuk proses kemaskini pembayaran dan penerimaan jurnal di dalam komputer supaya tersusun secara teratur.

 


7.       Embosser (Common seal)

Embosser digunakan oleh perpustakaan untuk melakukan cop hak milik pada buku perpustakaan.

 


8.       Typewriter

Pada awal pembukaan Perpustakaan Tun Seri Lanang, pustakawan menggunakan typewriter dalam usaha penulisan seperti urusan perpustakaan, urusan surat menyurat dan tugasan perpustakaan.

                                                        

9.       Automatic Numbering Machine

Automatic Numbering Machine merupakan alat untuk menandakan nombor rujukan pada buku-buku di perpustakaan. Pada zaman dahulu, pustakawan menggunakan alat ini untuk menanda nombor rujukan pada buku namun telah diganti dengan sistem barcode bagi memudahkan urusan pustakawan dan juga memudahkan pencarian bahan di perpustakaan.

 


10.   Alat Penyimpanan Salinan Peminjaman Sementara

Alat ini digunakan di kaunter perpustakaan untuk menyimpan salinan peminjaman secara sementara sebelum disusun ke dalam rak. Pada tahun 80-an, rekod peminjaman buku akan menghasilkan tiga salinan dan salah satu salinan akan diletakkan di dalam alat ini sementara sebelum disusun di dalam rak.

                                                               

11ID Lock

Id lock merupakan alat yang digunakan untuk mengukur statistik kedatangan pengguna khususnya ke perpustakaan. Penggunaan Id Lock ini mampu merekodkan jumlah kehadiran pelanggan ke perpustakaan dengan cepat dan tepat.

                                                 

12.   Projektor slaid

Projektor slaid ialah peranti unjuran optik-mekanikal yang membesarkan imej lutsinar asal (slaid dan jalur filem) pada skrin atau dinding terbina dalam. Projektor slaid sering digunakan semasa kuliah untuk memaparkan gambar dan lukisan serta membaca mikrofilem. Di perpustakaan juga menggunakan projektor slide ini untuk memainkan slide di unit multimedia pada suatu ketika dahulu.

1

       

14   Projector film

Projektor filem menggerakkan gelendong filem pada roda yang dipanggil sproket. Filem ini akan bermula pada kekili bekalan dan berakhir pada kekili pengambilan. Semasa filem bergerak di sepanjang tali pinggang penghantar ini, ia terdedah kepada lampu dan kanta di tengah projektor filem untuk seketika. Pendedahan kepada cahaya ini ialah saat di mana filem itu dilihat pada kanta dan dipaparkan pada skrin tontonan.

 


15.   GF-1740 Radio Cassette Recorder

GF-1740 radio cassette recorder berfungsi untuk memainkan rakaman kaset yang terdapat di perpustakaan. Pada awal pembukaan perpustakaan, terdapat koleksi cassette-cassette lama yang disimpan. Oleh itu, radio ini berfungsi untuk memainkan rakaman cassette tersebut.

                     



                                          

17.   Sudut Bahan Rujukan Pengkatalogan

Alat rujukan pengkatalogan yang disediakan bagi memudahkan pustakawan menentukan nombor panggilan sesebuah buku. Suatu ketika dahulu ia menjadi rujukan utama pustakawan. Sekarang alatan ini terdapat dalam versi online.

 

i)                    Library of Congress Classification Schedules (LCCS)

-          LCCS ialah sistem klasifikasi perpustakaan yang dibangunkan oleh Library of Congress di Amerika Syarikat, yang boleh digunakan untuk menyimpan buku di perpustakaan. Klasifikasi ini telah dibangunkan oleh James Hanson (ketua Jabatan Pengkatalogan), dengan bantuan daripada Charles Martel, pada tahun 1897.


ii)                  Dewey Decimal Classification (DDC)

-           DDC ialah sistem klasifikasi perpustakaan proprietari yang membolehkan buku baharu ditambah ke perpustakaan di lokasi yang sesuai berdasarkan subjek. Ia pertama kali diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Melvil Dewey pada tahun 1876. Perpustakaan memberikan nombor klasifikasi yang jelas menempatkan volum tertentu dalam kedudukan berbanding buku lain dalam perpustakaan, berdasarkan subjeknya. Nombor itu membolehkan anda mencari mana-mana buku dan mengembalikannya ke tempat yang sepatutnya di rak perpustakaan.

         

iii)                Library of Congress Subject Heading (LCSH)

                        

-          LCSH merupakan senarai perkataan dan frasa yang digunakan untuk menunjukkan topik sumber perpustakaan. LCSH membawa ketekalan kepada koleksi perpustakaan dengan mengkategorikan topik ke dalam susunan logik, dan dengan mengawal sinonim, ejaan varian dan homograf. Dalam LCSH, salah satu daripada perkataan atau frasa tersebut digunakan sebagai tajuk, dan yang lain merujuk kepadanya.LCSH telah dikemas kini secara berterusan sejak edisi pertamanya diterbitkan pada tahun 1914.

 

 

 

18.   Signage Anjung Santai UKM

  Program ini bertujuan menggalakkan pembudayaan ilmu secara santai di pusat membeli belah.   Program ini memberi manfaat kepada penduduk setempat kepada penduduk setempat untuk menggalakkan budaya membaca di pusat beli belah sekitar Bangi. Sehubungan dengan itu, program ini mampu menarik minat masyarakat terhadap UKM. Perkongsian pintar antara UKM melalui UCTC dan Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan KippMall, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan para penerbit buku. Anjung Santai UKM4Bangi ini telah dirasmikan pada 22 April 2017 oleh Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Dr. Imran Ho

 


19.   Rak Kad Katalog

Rak kad katalog digunakan untuk menyimpan kad-kad katalog yang terdapat di perpustakaan. Pustakawan menggunakan rak ini untuk menyimpan kad-kad katalog supaya tidak rosak dan tersusun.


                                                                 

20.   Kad katalog

Kad katalog merupakan satu set kad dalam perpustakaan yang mempunyai maklumat tentang buku, jurnal, dan sebagainya. Ianya kadang-kadang akan diasing dengan helaian kosong bagi tambahan baru yang boleh direkodkan, atau terikat sebagai "buku terkawal” di mana slip kertas akan diikat untuk kemasukan baru. Slip juga boleh disimpan bebas dalam kotak kadbod atau logam, disimpan di rak-rak. Katalog kad yang pertama muncul pada abad ke-19.

                            


21.   Mesin Label

Mesin label ini digunakan untuk menghasilkan label secara bercetak diatas kertas label. Sebelum kertas label dicetak nombor yang ingin ditulis perlulah ditaip dan diset terlebih dahulu bagi memudahkan aktiviti percetakan pada mesin tersebut. Kepentingan mesin label ini sekaligus memudahkan aktiviti pelabelan di perpustakaan dan memberikan maklumat kepada pengguna

 


No comments:

Post a Comment