Perpustakaan UKM dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Bahagian Pengurusan Memori Korporat yang mula beroperasi pada 1 April 2025. Bahagian ini akan menguruskan Unit Muzium & Galeri, Unit Arkib & Koleksi Khas, serta Unit Pemeliharaan & Pendigitalan untuk meningkatkan pengurusan dan akses kepada memori korporat.
Di bawah pimpinan Encik Harith Faruqi Sidek, kami berkomitmen untuk menjaga dan memelihara rekod berharga serta memastikan pengaksesan yang lebih mudah dan teratur. Ke arah pengurusan maklumat yang lebih baik!
Untuk maklumat lanjut mengenai Bahagian Pengurusan Memori Korporat dan perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi:
Encik Harith Faruqi Sidek, Ketua Bahagian
Email: harith@ukm.edu.my
Telefon: 03-8921 1234
Cik Ruzita Kamis, Ketua Unit Arkib & Koleksi Khas
Email: ruzita@ukm.edu.my
Telefon: 03-8921 5678
Encik Mohd Yazid Mohd Abrizal Khan, Ketua Unit Muzium & Galeri
Email: muadz@ukm.edu.my
Telefon: 03-8921 3135
En. Mohd Adnan Baharom, Ketua Unit Pemeliharaan & Pendigitalan
Email: m_adnan@ukm.edu.my
Telefon: 03-8921 5816
Semoga penubuhan Bahagian Pengurusan Memori Korporat ini dapat meningkatkan pengurusan dan akses kepada memori korporat UKM.