Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan B. Hj. Baba
Naib
Canselor Pertama
1 September 1969 – 31 Mac 1971
Tan
Sri Dato’ Seri Prof. Ir. Dr. Mohd
Rashdan Baba dilahirkan pada 31 Oktober 1935
di Kampung Berkat, Chembong, Rembau. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan
Robiyah Abd. Majid pada 17 April 1965 dan dikurniakan seorang anak perempuan
bernama Rasylida. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Chembong pada
tahun 1942, sebelum melanjutkan pelajaran di Government English School, Tampin
pada 1946 selepas lulus peperiksaan Special
Malay Class. Beliau berjaya memperoleh Grade 1 Peperiksaan Senior
Cambridge pada 1953, seterusnya melanjutkan pengajian
dalam bidang pertanian dan menerima Diploma
Pertanian dengan Kepujian Kelas Pertama pada 6 April 1957. Pada
tahun 1960, beliau memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Sains (B.Sc.) dan pada 7 Julai 1964, beliau
dianugerahkan Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D.).
Kerjaya
beliau bermula pada 11 Ogos 1964 sebagai Ahli Agronomi di Pusat Percubaan
Pertanian Persekutuan sebelum dilantik sebagai Pengetua Kolej Pertanian Malaya,
Serdang pada 26 Jun 1965. Peranan besarnya dalam pendidikan tinggi negara
terserlah apabila beliau menganggotai Jawatankuasa
Penaja UKM pada 25 Ogos 1968, sebelum dilantik sebagai Naib Canselor pertama UKM
pada 1 September 1969. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor
UKM pada 31 Mac 1971, beliau meneruskan khidmat bakti sebagai Naib Canselor pertama Universiti
Pertanian Malaysia (UPM) mulai 1 April 1971. Sumbangan beliau
turut melangkaui bidang akademik apabila dilantik sebagai Pengerusi MARDI
pada 1 Julai 1977 dan Pengerusi
Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad pada 1 Februari 1982. Pada 15
Mei 1999, beliau sekali lagi kembali ke UKM sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti.
Sebagai
ahli Jawatankuasa Penaja UKM, beliau memainkan peranan penting dalam merangka
struktur pentadbiran universiti melalui keanggotaan dalam AJK Bahagian Pentadbiran
yang dipengerusikan oleh Dr. Ungku Omar Ahmad bersama Abdullah Mohd Salleh
selaku Timbalan Pengerusi. Sumbangan beliau dalam penubuhan UKM kekal sebagai
legasi besar terhadap pembangunan pendidikan tinggi negara.
Tan Sri Mohd Rashdan Baba menghembuskan nafas terakhir pada 30 Mac 2020 jam 6.59 pagi di Hospital Ampang Puteri, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia akademik serta pembangunan institusi pendidikan negara akan sentiasa dikenang.
Sumber:
Dari Menara Gading ke Mercu Korporat: Biografi Rashdan Baba. 2004
No comments:
Post a Comment