Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Sham Sani
Naib
Canselor Ke - 6
1 September 1993 – 24 Mac 1998
Dato’
Dr. Mohd. Sham
Mohd. Sani dilahirkan pada 25 Mac 1943 di Dengkil, Selangor.
Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) sebelum
melanjutkan pengajian ke University
of Canterbury, New Zealand dengan biasiswa Rancangan Colombo dari
1964 hingga 1969. Di sana, beliau mengikuti pengajian sastera dan kemudiannya
memperoleh Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang geografi pada akhir tahun
1977 melalui tajaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kerjaya
akademiknya di UKM bermula pada tahun 1970 sebagai Penolong Pensyarah. Beliau
dinaikkan pangkat menjadi Pensyarah pada 1973, Profesor Madya pada 1978, dan
Profesor pada 1983. Selain itu, Dato’ Dr. Sham turut memegang beberapa jawatan
pentadbiran penting antaranya Ketua Jabatan Geografi (1973–1974), Timbalan Dekan
Fakulti Sastera (1974), Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan (1978–1980), serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan
Pembangunan (1988–1991).
Pada September 1991 hingga Jun 1993, beliau dilantik sebagai pemegang Kursi Tun Abdul Razak dalam bidang Pengajian Antarabangsa di Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat. Seterusnya beliau dilantik sebagai Naib Canselor keenam UKM bermula 1 September 1993 hingga 25 Mac 1998. Tokoh ini dikenali bukan sahaja sebagai pentadbir akademik tetapi juga sebagai sarjana yang banyak menyumbang dalam bidang alam sekitar dan pembangunan negara. Beliau mendapat gelaran Profesor Emeritus pada Ogos 2003.
Sumber:
- Sham Sani. Setanggi Pemikiran, 2007
- Mazlan Othman. Sekalung Budi Setitis Tinta Festtchrift Buat Sham Sani Sempena Hari Jadi ke 55, 1998
No comments:
Post a Comment