Sunday 6 November 2022

Penyerahan Sijil Pemilikan Kenderaan & Kunci Kereta Polis UKM.

Satu sesi serahan kereta peronda polis bantuan UKM telah berjaya diadakan pada 30 Sept 2022 bertempat di Persada Canselori.
Serahan dua buah kereta Proton Saga tersebut dijayakan menerusi simbolik penyerahan replika kunci kenderaan daripada Prof Dato Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor kepada Mejar (Bersara) Dato Asri Ahmad, Pengarah Keselamatan sambil disaksikan oleh pengurusan tertinggi UKM
.
Bahagian keselamatan UKM menerima dua buah kereta peronda polis bantuan yang ditaja oleh UKM Shape. Yayasan Canselor turut menyumbang menerusi tajaan no pendaftaran khas UKM.
Sumbangan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada pasukan keselamatan UKM bagi menjaga ketenteraman dan keamanan kampus tercinta.
Prakarsa ini juga dilihat sejajar dengan amanat Naib Canselor UKM pada awal tahun ini yang memaklumkan bahawa peranan bahagian keselamatan perlu diperkasakan.

Seramai 5 orang anggota keselamatan UKM menjadi perintis kepada projek polis bantuan apabila mereka terpilih bagi menjalani latihan polis bantuan bertempat di Kem PGA Ulu Kinta selama 2 bulan bermula September hingga November 2022.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Pro NC Jana, Pengarah UKM SHAPE, Pengarah Yayasan Canselor dan pegawai kanan universiti. 




Pengurusan Tertinggi UKM bergambar bersama Kereta Polis UKM






No comments:

Post a Comment