Thursday 24 November 2022

Perkembangan ICT Perpustakaan

Sejarah Perkembangan ICT Perpustakaan UKM.

Sistem Perpustakaan UKM
1) Katalog kad
2) Katalog mikrofis
3) Sistem  berkomputer 

Pada awal pembukaan perpustakaan UKM, sistem yang digunakan untuk mengkatalog dan meminjam bahan ialah  penggunaaan kad katalog dimana maklumat bibliografi bahan dimasukkan kedalam kad tersebut.


(Kad Katalog)

Pada fasa kedua pula kad mikrofis digunakan untuk mengkatalog bahan-bahan dalam bentuk mikrofis.


(Kad Mikrofis)

Pada tahun 1990 bermulalah era baru sistem pengkatalogan di Perpustakaan UKM apabila Perisian dobis libis yang diperolehi telah diubahsuai mengikut kesesuaian. Perlaksaan sistem ini telah menggantikan penggunaan kad catalog & kad katalog mikrofis yang digunakan sebelum ini.

(Sistem Dobis Libis)

Pada  pada pertengahan tahun 1999, Perpustakaan UKM berhijrah ke Sistem Perpustakaan Bersepadu VIRTUA. Sistem Virtua boleh diakses melalui client dan web. Sistem ini memberi peluang kepada pelanggan perpustakaan untuk mengakses bahan-bahan di perpustakaan UKM dari luar perpustakaan.


Pendigitan Perpustakaan UKM

Sejarah awal pembinaan perpustakaan digital di Perpustakaan UKM  (PDUKM) bermula dari pembinaan pangkalan data dalaman. Pada tahun 1992, Pangkalan data dalaman dibangunkan dengan menggunakan perkakasan dan perisian mikrokomputer iaitu CDS/ISIS. CDS/ISIS adalah perisian yang diedarkan secara percuma oleh pihak UNESCO. Selain dari itu, perisian Folioviews juga telah digunakan untuk membina pangkalan data dalaman. 

Pada tahun 2002, Perpustakaan membeli  suatu sistem yang boleh menguruskan kandungan digital hak cipta yang dipanggil sebagai Content Manager (CM) dari IBM sebagai satu platform untuk menguruskan bahan/koleksi  dalam bentuk digital dan boleh diakses secara dalam talian. Rekod-rekod pangkalan data dalaman yang dibangunkan sebelum ini dari perisian CDS-ISIS dan Folioviews telah dipindahkan ke sistem CM.


                                                       (Koleksi Digital UKM/Content Manager)


Portal E-Jurnal

Perpustakaan UKM telah menggunakan ezproxy untuk membolehkan pelanggan mengakses pengkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan. Sistem ini mula digunakan pada tahun 2006. Melalui Ejournal Portal pengguna boleh mengaakses PDT samaada di dalam atau dari luar kampus dengan menggunakan ID & PW.





E-Rep

Pada tahun 2008 pula, Pusat Teknologi Maklumat UKM telah membangunkan Sistem e-Repositori Penerbitan (eReP) untuk digunakan oleh warga UKM mendaftarkan penerbitan mereka. Sistem eReP ini dipertanggungjawabkan kepada Perpustakaan sebagai tuan punya sistem. Sebagai tuan punya sistem eReP, Perpustakaan bertangunggungjawab mengesahkan semua penerbitan yang didaftarkan.





RFID

RFID telah mula dilaksanakan di perpustakaan pada tahun 2007. Sistem RFID ini telah dilaksanakan secara berperingkat. Perkakasan RFID dibeli daripada Syarikat PV Supa dari Finland.

Sistem RFID telah dilaksanakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan  Pusat Perubatan UKM dan Perpustakaan Doktor Abdul Latif.  Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan mesin pinjaman layan diri dan mesin pemulangan layan diri.



(Mesin Pemulangan Layan Diri)



                     (Mesin Pinjaman Layan Diri)                                  


      (Sorter Bin Pemulangan Layan Diri)


No comments:

Post a Comment