Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib
Canselor Ke - 10
1 Januari 2014 – 31 Disember 2018
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dilahirkan pada
17 Jun 1964
di Port Weld, Perak. Anak kepada pasangan guru, Haji Ghazali bin Chik dan
Hajjah Halijah binti Ayub. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan
Gunong Semanggol sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah King Edward
VII, Taiping; Sekolah Rendah Bagan Serai; serta Sekolah Menengah Sains Tuanku
Syed Putra, Kangar.
Beliau
melanjutkan pengajian ke University
of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat dan memperoleh B.Sc. Business Administration
(Finance) pada 1986 serta MBA (Finance) pada 1988. Beliau kembali
ke universiti yang sama untuk menyelesaikan Ph.D. dalam Ekonomi pada 1997 dengan
pencapaian akademik cemerlang.
Kerjaya
beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula pada 1988 sebagai
pensyarah di Jabatan Kewangan, Fakulti Pengurusan Perniagaan. Beliau
kemudiannya menjawat pelbagai jawatan pentadbiran termasuk Dekan Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan, Dekan UKM-Graduate
School of Business, Timbalan Naib Canselor Akademik &
Antarabangsa, dan akhirnya dilantik sebagai Naib Canselor UKM ke-10 (2014–2018).
Ketika pentadbirannya, beliau memperkenalkan slogan “Mencabar Kelaziman”
dan ikon “Payung
Merah” yang menjadi simbol budaya kerja luar biasa di UKM.
Di
peringkat nasional, kepakaran beliau dalam ekonomi membawanya berkhidmat di Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) dan Unit
Perancang Ekonomi (EPU). Beliau turut menjadi Edward S. Mason
Fellow di Harvard
Kennedy School pada 2011 serta memegang pelbagai jawatan
penasihat ekonomi negara, termasuk sebagai Ahli Majlis MARA, Pakar Rujuk
Parlimen dan Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan Kongres Ekonomi Bumiputera
2024.
Atas
sumbangannya, beliau menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk Commonwealth Fellow (Cardiff
University), Fulbright
Scholar (Harvard) serta Tokoh
Bitara UKM. Kini, beliau terus menyumbang di UKM sebagai Pengarah Institut Pembangunan dan
Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) selain memegang jawatan
penting dalam beberapa institusi pendidikan dan ekonomi negara.
Sumber:
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Teks
Ucapan Syarahan Perdana Profesor "Melakar Masa Depan Ekonomi Malaysia
dalam Landskap Global Baharu: Pengukuhan Pertumbuhan dan Daya Saing, 2024
No comments:
Post a Comment