Tuesday 27 December 2022

Sejarah Perkembangan ICT Perpustakaan UKM

   

  1. SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG

1.1 Pengalaman Perpindahan Sistem Pengurusan Perpustakaan (Library Management System) dari Sistem Virtua ke Sierra

1.1.1 Sistem DOBIS/LIBIS

Sistem Peminjaman dan Pemulangan Berkomputer DOBILS/LIBIS dilaksanakan pada 6 November 1992. Sejajar dengan perkembangan teknologi. Sistem DOBIS/LIBIS tidak dapat diteruskan kerana masalah Y2K sehingga pihak perpustakaan mencari alternative untuk menggantikan sistem ini. Mulai September 1999 perpustakaan telah menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu Virtua Yang menggunakan sistem dalam talian sepenuhnya

1.1.2 Sistem Virtua dan Sierra

Perpustakaan UKM telah berjaya menjalankan projek perpindahan sistem pengurusan perpustakaan (Library Management System) dari sistem Virtua ke sistem Sierra pada awal tahun 2020. Projek tersebut telah mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan. Namun kerja-kerja awal perpindahan projek telah pun dimulakan lebih awal lagi. Artikel in akan mendokumentasikan perjalanan perpindahan tersebut di samping mengetengahkan beberapa isu yang terbabit dalam projek perpindahan sistem perpustakaan seperti cabaran-cabaran yang dihadapi semasa projek berlangsung.

 Sistem Virtua

                 Pada 2017, Perpustakaan UKM telah bersetuju untuk menukar LMS dari Virtua ke Sierra. Setelah hampir 20 tahun perpustakaan mengguna sistem Virtua, didapati sistem in tidak lagi sesuai digunakan kerana beberapa faktor. Faktor pertama tiada penambahbaikan dan penyelidikan lanjut akan dilakukan kepada sistem Virtua oleh pemilik sistem tersebut menyebabkan sistem Virtua akan sampai tempoh tamat penggunaan. Faktor kedua sistem Virtua tidak dapat menyokong ciri-ciri LMS masa kin termasuk penggunaan perkhidmatan discovery dan penggunaan apparatus berdasarkan web dan mobile. Faktor ketiga untuk memudahkan pengurusan sumber digital Perpustakaan UKM yang pelbagai dan dapat diuruskan secara lebih lebih efisien. Ini untuk memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk mendapatkan akses ke semua koleksi perpustakaan dengan menggunakan hanya satu carian.

 Sistem Sierra

Manakala sistem Sierra dipilih untuk menggantikan sistem Virtua kerana mempunyai ciri-ciri LMS masakini seperti membolehkan penggunaan sistem discovery dan penggunaan apps secara web dan mobile. Kedua kerana sistem Sierra dan sistem virtua ialah dari pembekal yang sama dan telah menawarkan kos perpindahan sistem yang lebih murah berbanding sistem-sistem lain di pasaran. Ketiga kerana pembangun sistem Sierra mempunyai pengetahuan berkaitan sistem Virtua. Oleh itu diharapkan proses perpindahan sistem terutama perpindahan data akan menjadi lebih mudah.

Proses Perpindahan

Kerja-kerja awal proses perpindahan LMS Perpustakaan UKM telah dimulakan seawal Mei 2017 di mana permohonan telah diluluskan ole Jawatankuasa Perpustakaan UKM, selanjutnya pada Julai 2017 permohonan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Perolehan ICT UKM untuk kebenaran memperoleh peralatan dan perkhidmatan berasaskan

ICT di UKM. Permohonan peralihan LMS perpustakaan selanjutnya telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Dana Endowment Perpustakaan untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dana dari Tabung Dana Endowment Perpustakaan. Pada Ogos 2017, jawatankuasa telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM480 ribu untuk tujuan perpindahan LMS tersebut. Di Mesyuarat Ketua bahagian Perpustakaan pada Januari 2018, perpustakaan memberikan punca kuasa kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Prasarana I|mu (BTMPI) untuk memulakan projek

Untuk memudahkan perjalanan projek, sebuah pasukan pemandu Projek Perpindahan Sistem Perpustakaan telah ditubuhkan yang terdiri daripada kakitangan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan pustakawan Perpustakaan UKM. Sebagai persediaan awal sebahagian anggota pasukan telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia untuk melihat dan berkongsi pengalaman mengenai perpindahan LMS perpustakaan tersebut ke sistem Sierra. Lawatan penandarasan telah diadakan pada 7 Mac 2018.

Pada akhir Mac 2018 satu kertas kerja permohonan perolehan sistem baharu perpustakaan telah dimajukan kepada Bendahari UKM. Malangnya pada Mei 2018 proses tersebut telah tertangguh kerana pertukaran pemerintahan kerajaan Malaysia menyebabkan semua proses perolehan oleh jabatan kerajaan telah ditangguhkan selama 3 bulan. Setelah proses perolehan selesai, pada 13 September 2018, mesyuarat Kickoff perpindahan Sistem Perpustakaan telah diadakan. Proses perpindahan melibatkan tiga pihak berkepentingan iaitu pelanggan yang diwakili oleh Perpustakaan UKM, pembekal yang diwakili oleh Syarikat InterS (Inters) dan pengeluar sistem iaitu syarikat Innovative Solution (Innovative). Projek ini akan dijayakan secara hybrid, di mana khidmat sokongan dan teknikal akan dijalankan secara online dari serata dunia. Contonya pengurus projek berada di Sepanyol, pasukan teknikal berada di US dan tenaga pengajar berada di Sweden.

Pemasangan Sistem Di Server

Sistem Sierra telah mula dipasang di server pada April 2019. Sebelum proses ini berlangsung perpustakaan perlulah memilih fungsi-fungsi dalam modul pesanan, pengkatalogan, dan sirkulasi yang ingin digunakan di perpustakaan UKM.

Perbincangan mengenai pemilihan fungsi-fungsi ini dijalankan bersama pasukan Innovative untuk mendetahui penggunaan setiap fungi. Hanya senarai fungi yang telah dimuktamadkan akan dipasang ke server yang terletak di PTM.

Proses ini tidak memerlukan waktu yang lama kerana ja dilakukan secara remote. Pihak PTM hanya perlu membuka laluan untuk jurutera sistem masuk ke dalam server dan melakukan proses pemasangan Proses yang sama juga akan dilakukan untuk proses naik taraf versi baharu Sierra kelak. Selepas itu, sistem sudah bole digunakan secara offline dengan data telah di muat naik ke dalam sistem Sierra pada Mei 2019

Penyediaan Parameter

Tidak seperti proses pemasangan sistem, proses penyediaan parameter ialah suatu proses yang panjang dan sulit. Proses penyediaan parameter melibatkan proses menghubungkan jenis bahan, Kategori pengguna dan peraturan peminjaman.

Proses in mengambil masa yang lama. Pertama kerana banyak kategori pengguna dan koleksi diwujudkan di perpustakaan. Setiap kategori pengguna perlulah disuai padankan dengan setiap jenis bahan berdasarkan peraturan pinjaman dan penggunaan bahan sedia ada. Kedua kerana setiap cabang ada peraturan tersendiri berkaitan pinjaman bahan bagi setiap kategori. Ini menyulitkan untuk dibuat penyeragaman seperti yang diperlukan di sistem Sierra.

Ketiga setiap peraturan yang dibuat di parameter perlulah difikirkan secara teliti supaya tiada pertindihan dan ketidakakuran peraturan. Ini kerana, sebarang ketidakakuran dalam peraturan akan menyebabkan error. Keempat, peraturan yang tidak jelas punca kuasanya. Ini menyulitkan sekiranya sesebuah peraturan itu perlu ditukar untuk tujuan pelarasan dalam sistem Sierra. Perbincangan perlu dilakukan dengan lebih dari satu pihak bertanggungjawab untuk membolehkan sebarang peraturan ditukar. Proses ini kadangkala melibatkan beberapa siri perbincangan kerana tiada pihak boleh membuat keputusan.

Proses penyediaan parameter selesai pada Jun 2019 dan proses selanjutnya ialah proses ujilari sistem dan data. Proses ini melibatkan pengguna sistem di peringkat end user, iaitu kakitangan perpustakaan sebagai pengguna sebenar sistem Sierra.

Ujilari Sistem Dengan Data

Sebelum proses ujilari dapat dijalankan, pustakawan BTMPI perlu mendapatkan senarai kakitangan perpustakaan dengan tugas-tugas yang mereka lakukan untuk membangunkan ID dan katalaluan berdasarkan proses kerja di perpustakaan. Setiap kakitangan akan dikelompokkan berdasar tugas harian mereka dan setiap kakitangan pula akan dibezakan dengan tahap fungsi yang bole dicapai berdasar tanggungjawab mereka di perpustakaan. Satu sistem katalaluan yang komprehensif telah dibangunkan dan diserah kepada setiap kakitangan perpustakaan.

Setelah katalaluan disediakan, selanjutnya kakitangan perpustakaan diperkenalkan kepada sistem sierra melalui beberapa siri latihan. Hasil data ujilari sistem ini beberapa masalah dan kepincangan data telah dapat dikesan. Berdasarkan cadangan dari pemilik proses kerja beberapa prosedur keria di perpustakaan perlu dikemaskini. Manakala sebahagian data pula perlu ditambahbaik atau dibersihkan melalui proses rapid update atau global change. Proses ini juga dibantu dengan proses penyediaan laporan yang mesra pelanggan dalam sistem Sierra. Sebelum latihan dalaman dijalankan sebahagian ahli pasukan pemandu projek dan ketua-ketua unit di perpustakaan telah didedahkan kepada fungsi-fungsi perpustakaan melalui latihan berkonsepkan Train of Trainers (TOT)

LATIHAN

\Latihan merupakan elemen penting dalam menjamin kejayaan projek ini kerana kumpulan pemandu projek tada pengalaman dalam perpindahan sistem mahupun penggunaan Sierra. Sesi TOT bersama pengajar dari Innovative diatur oleh vendor. Secara keseluruhannya sebanyak 14 sesi latihan telah diadakan secara dalam talian dan secara bersemuka. Manakala 5 sesi latihan dalaman untuk kakitangan perpustakaan telah diadakan.

TOT

Sesi TOT telah berlangsung dari Mei 2019 hingga Februari 2020. Sesi ini telah diadakan bersama tenaga pengajar Mr. Dan Mattsson pelatih sistem Sierra dari Innovatife berpangkalan di Sweden. Sebanyak 8 sesi TOT telah diadakan secara dalam talian dengan menggunakan platform Webex. Manakala enam sesi latihan telah dijalankan secara bersemuka di perpustakaan dan juga di pejabat syarikat Inters di Bandar Baru Bangi. Sesi latihan telah jadualkan mengikut modul seperti pentadbir sistem, perolehan dan pengkatalogan, sirkulasi dan keahlian serta modul pelaporan.

Semasa sesi latihan, pengajar telah menerangkan secara terperinci kaedah memasukkan data dan menerangkan berkenaan penggunaan fungsi yang terdapat di dalam sistem Sierra dengan menggunakan contoh data Perpustakaan UKM serta perpustakaan lain yang juga menggunakan Sierra. Sesi latihan juga digunakan untuk melihat Keberkesanan parameter yang telah ditetapkan dan kesannya kepada kelancaran sistem perpustakaan. Sesi dihadiri oleh pasukan pemandu bersama pemegang proses peroustakaan yang berkaitan.

In House Training

Sebanyak 5 sesi latihan secara dalaman telah diadakan untuk melatih kakitangan perpustakaan dalam menggunakan sistem Sierra. Sesi ini telah dikendalikan oleh pustakawan BTMPI dengan meliputi beberapa modul utama Sierra. Pada sesi ini kakitangan telah diperkenalkan kepada fungsi- fungsi tersebut di samping mendapatkan maklum balas daripada kakitangan bagaimana mereka bole mengadaptasi prosedur kerja sedia ada dengan menggunakan sistem sierra. Banyak maklum balas telah diterima dan maklum balas ini dikongsikan bersama-sama dengan kakitangan lain yang juga melakukan tugasan yang sama.

PENYERAHAN SECARA RASMI

Penyerahan sistem secara rasmi telah diadakan pada 1 April 2020. Sebelum penyerahan sistem daripada syarikat Innovative ke perpustakaan beberapa langkah telah diambil seperti mengadakan migrasi data terakhir dan mengadakan User Acceptence Test (UAT).

Migrasi Data dan UAT

Tarikh 6 November 2019 telah ditetapkan sebagai tarikh akhir memasukkan data ke sistem Virtua sebelum data terkini diekstrak dan dipindahkan daripada sistem Virtua ke Sierra pada 11 hingga 12 November 2019. Secara umumnya Sistem Sierra telah boleh beroperasi sepenuhnya pada 13 November 2019 dengan data terkini. Selepas itu, kemasukan data perolehan dan pengkatalogan ke dalam Sierra juga telah boleh dilakukan. Proses peralihan fungi pinjaman dan pemulangan daripada sistem Virtua ke sistem Sierra telah dijalankan. Ini melibatkan beberapa proses termasuk proses meminjam secara manual dan memeriksa data lama yang telah dimuat turn untuk melihat bahan pinjaman pelanggan. Walaupun pelbagai persediaan telah dijalankan sebelum proses bermula, mash terdapat beberapa masalah yang harus dihadapi terutama yang melibatkan pengiraan denda lewat pulang buku.

Seterusnya, User Acceptance Test (UAT) telah diadakan pada 27 November 2019. Proses ini adalah untuk menguji sistem pada masa sebenar dan menilai proses perpindahan berdasarkan fungsi-fungsi sistem yang disenaraikan. Proses UAT telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak

 

No comments:

Post a Comment