Saturday 31 December 2022

UKM MARA : Pencapaian 2022

Detik demi detik silih berganti, mencatat seribu satu kejayaan dan pencapaian  2022 yang menjadi kebanggaan warga UKM:

  • UKM telah mencatatkan sejarah apabila HPKK UKM telah dimasyhurkan sebagai Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM oleh DYMM Tuanku Canselor UKM pada 1 Mac 2022.
  • Di sekitar bulan April pula, UKM telah berjaya membuka kampus pesisir UKM di Doha, Qatar. UKM merupakan satu-satunya universiti dari Asia Tenggara yang diberikan mandat oleh kerajaan Qatar untuk menubuhkan kampus persisir di negara mereka.
  • UKM juga telah berjaya membawa Presiden Republik Indonesia ke-enam, iaitu, Tuan Yang Terutama Prof. Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia, pada bulan Ogos yang lalu, sebagai Pengucaptama DiRaja dalam Majlis Syarahan Canselor Tuanku Muhriz ke-5.
  • UKM turut menaik taraf beberapa prasarana penting seperti Arena Sukan Azman Hashim UKM yang mempunyai kelengkapan sukan terkini serta Kompleks Alumni yang menjadi simbolik kepada keutuhan hubungan antara alumni UKM dan alma mater. Pembangunan fizikal ini merupakan salah satu naratif baharu Universiti Watan didalam menyediakan infrastruktur yang terbaik buat warganya.
  • UKM telah diberikan mandat oleh Yang Behormat Menteri Pengajian Tinggi untuk mengetuai Sekretariat Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negara-negara ASEAN. Rentetan daripada ini, pada 28 September 2022, kita telah berjaya melaksanakan Kongres Antarabangsa Bahasa dan Tamadun Alam Melayu 2022 yang telah menarik perhatian pakar-pakar bahasa dari seluruh Asia Tenggara.
  • Minggu Apresiasi Watan (MAW 2022) bagi menyambut lebih 4,600 orang mahasiswa baharu ke UKM.  Pembelajaran secara bersemuka juga telah diaktifkan, setelah hampir tiga tahun kampus kita sunyi sepi tanpa suara mahasiswa.
  • Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan UKM sudah melancarkan Geran Translasi UKM pada bulan Mac 2022 sebagai pemangkin kepada para penyelidik UKM untuk menggerakkan penyelidikan translasi bagi menghasilkan output yang berimpak tinggi. PEMULA@UKM turut dibangunkan oleh Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) pada bulan yang sama, bagi membuka peluang kepada warga akademik UKM dan mahasiswa untuk menubuhkan syarikat pemula yang berdaya saing di Malaysia dan antarabangsa. Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan tahun baru ini dengan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi!
  • Majlis Konvokesyen ke-50 UKM yang menyaksikan seramai Tujuh Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh Satu (7,961) orang graduan menerima ijazah masing-masing. Sehingga kini, UKM telah mempunyai seramai Dua Ratus Dua Puluh Dua Ribu, Satu Ratus Sembilan Puluh Tujuh (222,197) orang alumni.  Dengan tema Alumni Emas Aspirasi Watan melonjakkan keberadaan dan pengiktirafan Alumni UKM dalam persada negara dan dunia.  Kejayaan alumni adalah cerminan universiti. Semoga alumni UKM akan terus berbakti kepada masyarakat dan negara tak kira di mana mereka berada.






No comments:

Post a Comment