Manuskrip 11 |
Judul:
Hukum
perkapalan di wilayah perairan Kerajaan Acheh dan hukum memahal makanan dan
pakaian dan sedikit catitan berkenaan peraturan pakaian orang luar negara
menghadap Sultan.
Pengarang/ penyalin: Tidak tersebut.
Keadaan Fizikal: Kertas yang baik, Naskhah kurang lengkap dan bercampur-campur huraian lepas.
Kandungan:
Pengarang/ penyalin: Tidak tersebut.
Keadaan Fizikal: Kertas yang baik, Naskhah kurang lengkap dan bercampur-campur huraian lepas.
Kandungan:
1. Pada
1v, huraian Kanun Safinah yang menjadi amalan Bangsa Aceh terhadap kapal-kapal
yang berlayar ke atau melalui perairan Aceh dan mendapat musibah seperti
diterpa ombak besar atau terkena karang sehingga kapal tersebut pecah maka
rakyat dan kerajaan Aceh telah mempunyai peraturan yang sangat baik yang telah
termaktub dalam Kanun Safinah bagaimana bantuan diberikan dengan segera dan
anak kapal yang sakit diubati dan bahkan yang mati sekalipun akan dijalankan
fardu kifayah bagi yang muslim atau di kuburkan secara mereka masing-masing
bagi yang bukan muslim. Juga disebutkan sanksi bagi orang yang mengambil atau
menyembunyikan barang orang lain seperti barang kapal yang karam tersebut
dengan dera 25 kali dengan rotan dan lain sebagainya.
2. Pada
1r, adalah ringkasan penjelasan pemberian denda dan hukuman kepada saudagar
atau nakhoda yang memahalkan barangan berupa makanan dan pakaian dengan hukuman
yang berat iaitu 1.5 tahun.
3. Demikian juga hukuman bagi pengedar opium dan
pemakai opium semua diterangkan dalam manuskrip ini.
No comments:
Post a Comment