Monday, 3 November 2014

Manuskrip 10 (Hukum hak milik tanah ke atas rakyat Acheh dan wasiat kepada seluruh rakyat Acheh untuk bersatu agar sesapa saja tak akan dapat menjajah atau mengalihkan negeri Aceh baik dari Ihat barat tunoung barouh.)


Manuskrip 10

 
 
Judul: Hukum hak milik tanah ke atas rakyat Acheh dan wasiat kepada seluruh rakyat Acheh untuk bersatu agar sesapa saja tak akan dapat menjajah atau mengalihkan negeri Aceh baik dari Ihat barat tunoung barouh.

Pengarang/ penyalin:  Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.

Keadaan Fizikal: Kertas yang baik, tulisan agak kabur. Naskhah kurang lengkap.

Kandungan:

1.  Manuskrip ini terdiri dari tulisan bagaikan rangkaian kitab kerana ditulis dengan sistem tulisan di pinggir seperti matan daripada syarah. Bahagian 1v tertulis penuh sedangkan 1r hanya sedikit sahaja.
 

2.  Menghuraikan tentang hak pemilikan tanah warga masyarakat Aceh Darussalam dan sanksi hukum kepada pelanggaran hak milik tanah yang dirampas secara paksa atau lain sebagainya.
 

3.  Kewajipan warga masyarakat Aceh untuk menuntut ilmu yang berguna bagi agama nusa dan bangsa adalah sangat digalakkan dan senarai ilmu-ilmu tersebut di sebut satu-persatu. Huraian Tazkirah Tabaqah. Fasal 6 no. 6 oleh Kalam Imam Jumhuriah Iskandar Muda yang menitik beratkan perpaduan bangsa Acheh agar tidak dapat dijajah oleh bangsa lain.



 
 

No comments:

Post a Comment