Monday, 10 November 2014

Manuskrip 8 (Tarikh sultan raja-raja kerajaan Acheh dan jajahan takluknya)


Manuskrip 8

 
Judul: Tarikh sultan raja-raja kerajaan Acheh dan jajahan takluknya.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan Fizikal: Pada umumnya keadaan baik, sedikit terdapat kekaburan di bahagian akhir kerana akibat dmakan masa.
Kandungan:

1.  Menerangkan mula bertakhta hingga mangkat sultan-sultan Acheh Darussalam yang dimulai daripada Sultan Johan Ali ibni Ibrahim Mughayat Syah Gujarat Hindi. 

2.  Menyatakan asal-muasal (asal-usul) jenis bangsa sultan.
Yang pertama – Bangsa Nabthi daripada Gujerat.
Yang kedua – Bangsa Bugis.
Yang ketiga – Bangsa Jamalullail iaitu bangsa Sayed.
3.  Menyatakan tarikh sultan yang memegang kerajaan Acheh iaitu menerangkan perihal hidup (perilaku) dalam memerintah kerajaan Acheh daripada pertama bertakhta sampai turun takhta atau mangkat.
 
4.  Mendedahkan bentuk rupa bendera atau alam Acheh Darussalam pada tahun 1023 hijrah iaitu pada masa Sultan Iskandar Muda dan juga menceritakan pada masa itu keperkasaan Sultan Iskandar Muda tatkala berangkat ke negeri Banten di Pulau Jawa dan dapat menawan anak menteri Zari dan beberapa kapal, oleh angkatan perang kerajaan Acheh Darussalam. 

5. Kekuasaan kerajaan Acheh Darussalam ditandai dengan berlindung dan bernawungnya kerajaan Acheh di bawah kalimah Syahadah tauhid dan Syahadah Rasul dan berani elanjutkan perang dengan jalan hukum keadilan dan kebenaran agama Islam dengan menjunjung tinggi dan menghormati serta mempunyai tujuan atau misi untuk meluaskan dan menyempurnakan syariat Nabi Muhammad (s.a.w). 

Bendera Acheh pada masa itu adalah berwarna dasar merah dan tertera kalimah Tauhid dan Rasul di atasnya dan bulan bintang berwarna putih di tengah-tengah bendera.
 
 
 

No comments:

Post a Comment