![]() |
Manuskrip 17 |
Judul:
Petikan
beberapa Hukum Awam dari Kitab Tazkirah Tabaqah.
Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Keadaan
Fizikal: Baik dan jelas.Pengarang/ penyalin: Sayed Abdullah Ibni Ahmad Ibni Abd. Rahman Jamalullail.
Kandungan:
1. Naskhah
ini membincangkan tentang hukuman atau pilihan hukuman yang dikenakan kepada
masyarakat awam yang mengikut lembu di tempat lalu lintas orang ramai dan
menyebabkan kemalangan kepada rang lain.
2. Hukuman
yang dihadapi oleh seseorang yang tidak mahu menguburkan pencuri yang mendapat
kemalangan di rumahnya seperti terjatuh atau terjakebunnya seperti jatuh dari
pokok seseorang warga masyarakat atau hukuman yang dikenakan kepada orang yang
menyuruh seseorang panjat pokok dan ianya terjatuh.
3. Dan
dalam kitab Tazkirah Tabaqah di tegaskan bahawa pada tiap-tiap tarikh 12 rabiul
awal sekalian yang bersalah dengan hukuman kerajaan dan sedang menjalankan
hukuman diberikan maaf (dispensasi) pengurangan hukuman 10 hari dengan tertib
kesalahan masing-masing.
4. Hukum
adat sesebuah kampong yang berhak menentukannya adalah geuchik kerana geuchik itu
raja kampong (ketua kampung), hokum tersebut juga di dalam kerangak Hukum Kanun
Adat Kerajaan, dan sesiapa yang tadak dapat menerima hokum yang diputuskan
geuchik, ianya dapat membuat rayuan untuk perbincangan ke peringkat atas iaitu
pada hakim.
5. Dalam
naskhah ini juga dibincangkan hukuman yang berlainan dikenakan pada seseorang
yang berniat memburu seseorang dan pemburu tersebut memegang pedang atau tongkat
atau tombak atau sebaliknya dan ianya juga pernah mengancam hendak membunun
orang tersebut dan atau ia pernah mengatakan kepadanya “bah” atau “ingat nanti
kalau ku dapat engkau ku bunuh mati” dan orang tersebut didapati mati, maka
sepemburu dihukum.

No comments:
Post a Comment